Bila Orang Banyak Pakai Basikal!!

salam. sibuk jugak kebelakangan ni, minggu lepas balik kl, sekarang ada kat pontian balik. malam ni baru dapat online dengan tenang. kehkeh! dengan lawatan atau site expection dan report yang nak disiapkan, memang kejar masa sikit. tapi malam ni, semua tolak tepi. nak jugak update blog.

Gambar basikal antara tertinggi di dunia - 3.45m atau 11 kaki dihasilkan oleh Felix Guirola di bandar Havana, Cuba. berani gila naik basikal tinggi macam tu. *kereta dalam gambar ni macam fesyen lama je!


Bila sebut pasal basikal, aku tengok kat area aku dah makin ramai orang menggunakan basikal terutama pendatang asing la. kalau orang malaysia, diorang pakai basikal yang harga mahal tu - apatahnamabasikaltu! Selain pendatang asing, basikal sangat femes di kalangan pelajar sekolah rendah, memang ramai yang pakai basikal. aku dulu masa sekolah, darjah 4 start naik basikal jiran/kawan sekelas yang tinggal tak jauh dari rumah aku. kira aku menumpang ajelah, itupun kadang-kadang. memang teringin gila nak bawak basikal sendiri masa tu, tapi sebab tahu yang memang tak mampu - lagipun sekolah 4km dari rumah, rajin ko nak kayuh basikal hari-hari. naik bas la jawabnya.

jadi, back to the tajuk asal aku iaitu apa akan jadi kalau orang malaysia kebanyakkan naik basikal :

kurangnya pencemaran udara 

ok. point pasal keselamatan dan kesihatan alam sekitar memang point penting masa menjawab karangan masa sekolah menengah dulu, takde idea katakan. memang point samalah yang dikeluarkan setiap kali exam penulisan - lagi-lagi kalau kena tulis mengenai kepentingan sesuatu, yang berubah hanya olahan - itupun sikit aje yang berubahnya. kahkah. 

bila ramai orang menggunakan basikal, maka, kurangnya penggunaan kenderaan bermotor yang mampu mengeluarkan asap yang membawa kesan rumah hijau kepada alam sekitar. jadi penggunaan basikal mampu mengurangkan kesan rumah hijau seterusnya membawa keamanan kepada manusia sejagat kerana kurangnya masalah-masalah kesihatan yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara!

kurangnya stesen petrol

rasanya point ni tak memerlukan penjelasan lanjut - sila buat huraian sendiri! kalau korang tak dapat bayangkan jugak, baca statement bawah ~

ok. naik basikal, basikal tak pakai minyak - jadi mungkin angin untuk pam tayar pulak dijual bagi menggantikan minyak petrol yang harganya sangat mahal - bila tiada petrol yang mahal, kerajaan tak mampu untuk membayar hutang piutang kerana hasil duit petrol yang rakyat beli berkurang - ok. stop di sini sebelum isu ni semakin membesar sehingga mampu memecahbelahkan dua puak!

kurang kemalangan maut

mungkin ni point terbaik - kalau lihat, hari-hari ada je berita kemalangan maut melibatkan kereta, motorsikal, bas dan sebagainya. tapi jarang sekali dengan berita kemalangan maut melibatkan basikal dengan basikal. bukan jarang - tak pernah dengar pun! kalau basikal dengan kenderaan lain memang ada jugak dengar tapi still jarang sangat. 


cukup 3 point yang aku bagi untuk korang hayati dan renungi. selamat berbasikal. gila aku rasa merapu entri ni. hahaha. salam.

Ulasan