salam.
sepanjang aku berblog ni, hanya ada dua entri mengenai masakan dan lelaki. satu entri mengenai aku yang memasak bersama rakan lain ( oktober 2009 ) dan satu lagi entri bertanya antara lelaki dan perempuan yang mana masak lagi best? ( november 2010 ) jadi sila la usha nak tahu yang mana masak lagi best. banyak betul pendapat yang diberi. hehe.
sepanjang aku berblog ni, hanya ada dua entri mengenai masakan dan lelaki. satu entri mengenai aku yang memasak bersama rakan lain ( oktober 2009 ) dan satu lagi entri bertanya antara lelaki dan perempuan yang mana masak lagi best? ( november 2010 ) jadi sila la usha nak tahu yang mana masak lagi best. banyak betul pendapat yang diberi. hehe.
sumber |
sebenarnya, aku nak story pasal rumah sewa aku yang semakin galak menjalankan kegiatan masak memasak sejak kebelakangan ni. sebelum ni pun ada masak, tapi jarang sangat! tapi beberapa minggu ni semakin rajin. mungkin terasa amount makan masakan sendiri dengan masakan kedai adalah bagai langit dengan bumi.
kepada mereka yang tinggal di rumah sewa, silalah bawak-bawak memasak sendiri, memang terasa ketahanan aliran wang keluar dari dompet korang! paling kurang masak nasi kemudian cari lauk di luar pun dah lebih jimat dari bungkus makanan di luar. memang agak leceh sikit, tapi hasilnya lebih nikmat dan masyuk. hahaa.
orang kata kalau lelaki memasak memang dapur akan jadi macam tongkang pecah. memang kalau masa tu kelam kabut sebab kerja, tapi hari cuti memang kami jaga! jangan harap ada pinggang kotor dalam sinki. semua kemas! belajar jugak dari pengalaman, jangan sesekali tinggal kesan atau sisa makanan lama-lama kat dapur. kesannya sangat memeranjatkan! kucing jiran dan lalat-lalat berterbangan sering mencari mangsa-mangsa baru. pengajaran : rajin-rajin buang sampah.
aku perasan, bila kita makan lelaki yang masak, memang jangan harap nak dengar complain macam-macam. semua terima dengan hati terbuka apa yang dimasak. tapi bila masakan tu perempuan yang masak, macam-macam complain aku dengar. masin terlebih, kurang manis, lebih asam jawa, lebih minyak, pegang senduk pun salah dan sebagainya complain-complain yang tak boleh diterima dek akal! sesetengah orang kata, sebab ego lelaki tu tinggi. tapi aku rasa ada udang di sebalik mee. sebenarnya lelaki tu nak tarik perhatian si perempuan, jadi cara yang tak logik pun digunapakai jugak. macam budak lelaki yang ada crush dengan budak perempuan. gaduh bukan main lagi atau senyap seribu bahasa bila gadis yang disukai tu ada depan mata. pengajaran : takde. ini saje nak bagi alasan.kahkah!
ok. hari ni cuti kot. tu boleh buat dua entri sekaligus tanpa copy paste dari sumber lain. hehe.
assalamualaikum.
Ulasan