Bile Lelaki Pegang Senduk!!

Salam..

wah!! exam final dah makin dekat. Satu buku belum dipegang lagi. Assignment berlambak lagi tak buat. Hujung minggu nie ada fieldwork lagi dekat Temerloh. Takpe3 ada seminggu lagi, Insyallah sempat lagi nak study huhu. Last minit!! macam biasa yang penting result kena la okay hehe.



Lupakan semua tue, nak cerita sikit pasal baru3 nie iaitu cubaan memasak dari budak-budak lelaki termasuk aku iaitu sebagai tukang makan haha. secara seriusnya, aku rasa aku tukang makan je kot. Mula3 berkobar2 nak buat tapi sebab sepatah haram pun aku tak tau, kena bagi kepada yang expert je la kan.

Juadah cuma yang biasa3 sebab semua beli yang dalam tin, nak beli yang segar takut rosak pulak sebab tak dok peti ais hehe. Jadi juadah yang siap masak dan dah makan dah antaranya:

1) Nasi putih la (Ingat senang je nak buat, nie je kot yang aku buat hari tue hehe)
2) Sardin
3) Ayam kari (aku memang tak pandai!! nak bukak tin tue pun tak lepas kot huhu)
4) Telur goreng ( kalu aku buat mesti hancur berkecai telur tue huhu)
5) Sotong goreng (orang sabah yang bagi nie, dia paksa gak suruh masak)
6) Air kosong (oh! yang nie aku pakar hoho)

Ada lagi kot tapi aku nie ingat3 lupa la. Gambar??

Aku tak snap gambar pon huhu. Lelaki tak pandai masak?? yeke. Habis tue Chef yang hebat3 tue semua laki je aku tengok! (alasan satandard untuk lelaki yg tak pandai masak cam aku).

Tapi serius kebanyakkan rancangan tv kalu chef mesti laki. apasal huh! Yang aku tau Chef Wan dengan Chef Ismail. Famos dua orang nie hehe.

notakaki : nak blaja masak tom yam la..boleh jimat dua huhu

notatangan : kepada wanita, belajar la masak. nanti mak mertua suka hehe. suami lagi suka haha.

Salam.