Dont Force A Guy to Married You @ Jangan Paksa Pembaca Untuk Komen !!
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
salam. tajuk entri bukan main lagi kan. bahasa omputeh tu! aku dah ada degree kan sekarang, baru nampak macam degree holder tu kalau cakap omputeh. tak gitu? hahaa. giler berlagak statement ni! apapun, aku terjumpa satu video di facebook yang lawak tak boleh tahan. seorang budak perempuan tegas nak kahwin dengan seorang budak lelaki, budak lelaki tu pulak siap nangis nangis tak nak kawen dengan budak perempuan tu. gaduh besar pulak tu.
dah tengok video kat atas, kita move on dengan topik dunia blog. dah lama tak tulis pasal blogging ni. jugak bab paksa memaksa iaitu paksa orang komen post entri korang. sebenarnya ramai aje yang baca post korang, tapi yang nak komennya sangatlah sedikit, sebab utamanya adalah malas. *penyakit nombor satu rakyat Malaysia. ye ke? aku tengok rajin je semua. hahaa. Ini mahu bagi satu dua tiga tips tentang cara-cara nak buatkan orang komen blog korang.
@ niche blog atau keutamaan topik di blog.
Niche blog merupakan kata kunci utama sesuatu blog. kalau blog korang memang ada niche ni, memang kebanyakkan orang yang berminat tentang niche tu akan komen blog korang. tak kiralah bertanya soalan atau tambah maklumat atau hentam korang. Contohnya blog ber'niche' kan politik, memang ramai yang minat politik akan komen. kalau contoh lain, niche bab kereta, pasti-pastilah yang berminat pasal kereta akan bertanya mengenai kereta tersebut. niche ni jugak boleh menaikkan trafik korang lagi-lagi kalau yang pandai main SEO tu. memang mencanaklah trafik dari google.
@ win-win situation - what you give, you get back
ni merupakan satu jenis paksaan, tapi caranya lebih halus, sopan dan santun. selalunya kalau korang mengharap sangat, akan berakhir dengan kekeciwaan tahap melampau. jadi ikhlaskan dirimu, sucikan hatimu sewaktu mengomen di blog orang. lama-lama korang dah tak perlu lagi pergi mengomen di blog orang, akan ada seorang dua yang akan masuk dan dengan sendirinya akan komen tanpa sebarang paksaan atau kata-kata pemanis mulut seperti 'jangan lupa komen' atau 'komen dapat bunga' dan sebagainya lagi.
@ setting blog - mesra pembaca
kepada yang guna blogger.com tu silalah ubah setting kepada pop-up window dan kalau nak letak readmore jangan letak yang jenis kena loading lama, yang jenis turun bawah terus tu lebih baik kot. kebanyakkan pembaca blog selalunya ada line internet yang slow, standard la tu. jadi korang kena lebih memahami dan prihatin terhadap masalah diorang. jangan buat bodoh! jangan buat perangai 'ni blog aku, suka hati aku'. dari segi entri mungkin korang boleh pakai perangai tu, tapi kalau nak orang komen, silalah mulakan langkah korang untuk memudahkan mereka-mereka yang berminat untuk komen.
@ entri berinfo - mudah faham dan kena isu semasa
Kalau korang letak gambar sekeping dan mengharapkan komen berjela memang takde harapanlah kecualilah korang ni blogger femes atau gambar tersebut mampu mencetuskan seribu satu kontroversi. jadi rajin rajinkan diri menulis panjang berjela. ok! jangan tulis panjang berjela. cukup setakat panjang aje. kalau panjang sangat, orang dah malas nak baca. lagi sekali penyebabnya adalah penyakit malas. jadi pandai-pandailah korang seimbangkan antara gambar dan teks, antara rohani dan jasmani, antara lawak dan serius. biar ada kesimbangan tersebut!
@ aku tulis panjang-panjang ni, korang tak nak komen ke? *gila glamer kan?
@ blog aku pun tak ramai yang komen, bolehlah pulak pergi buat entri ni.*gila sadis kan?
Ulasan