Tilam Empuk! Paypal! Balik Raya! Bas Raya!


Salam. Bermula hari ini, aku akan cuti selama 4 hari, boleh bermalasan di atas tilam empuk ni. Macam tak percaya praktikal aku telah tamat, kini tinggal beberapa hari lagi aku bakal mula menjadi pekerja. Harap-harap bulan ramadan ni, tak banyak perlu turun ke tapak untuk bekerja.

Orang kata, ”bulan ramadan, murah rezeki”. Tapi bila difikirkan balik, hari-hari rezeki kita murah, kita sahaja yang tak sedar. Mungkin di bulan ramadan ni lebih sedikit.

Tadi aku dapat satu emel mengenai akaun paypal aku. Ada wang yang boleh aku kelaurkan rupanya dari sana. Tak banyak tapi cukup untuk aku beli tiket balik beraya tahun ini. Minggu lepas lagi, kakak aku ada bertanya, ada tak duit nak balik beraya. Aku cakap ada saja padahal duit tinggal untuk duit untuk makan aje ni. Haha. Semua pasal elaun praktikal aku yang tak dapat-dapat lagi ni. Bajet terus lari ke laut.

Sebelum ni ada orang tanya aku cara nak keluarkan duit dari akaun paypal. Aku memang tak pernah buat jadi memang tak tahu. Aku nasihatkan beliau supaya google ajelah. Sekarang dah senang sebab boleh transfer ikut akaun bank, bagi aje no akaun bank kepada pihak paypal tu. Habis cerita!

Beli tiket raya dah settle. 28/8 aku akan berangkat pulang ke Terengganu. Gila lama rasa tak balik! Tak sabar nak tunggu lagi 3 minggu. Naik bas aje, bas mega jaya yang memang favorite aku sekarang ni sebab terus ke Kuala Berang, tak payah nak pi kuala Terangganu.

bas yang menjadi pilihan hati...

Dulu, masa belajar di Kulim, memang kalau balik kampung singgah di Kuala Terengganu dulu. Sampai KT dalam jam 5 pagi, berjalan kaki ke Masjid Putih yang ada kat tengah-tengah bandar KT tu untuk solat subuh, berehat dan tidur sementara tunggu siang, nak naik bas ke kuala berang, Bas SP Bumi. Dulu bas ni buruk gila, sekarang dah tukar boss la kot, bas baru siap ada perkhidmatan bas ekspress lagi tu. Haha.

bas yang berjasa pada aku..haha

dah melalut jauh ke laut dah ni. gila apa cerita pasal bas! Ok lah. chow dulu.
assalamualaikum.

Ulasan

e k i n berkata…
Waaaa, bestnya dah beli tiket raya.
Dengar kata dah byk tiket habis dijual. T.T
Azuan berkata…
ha'r..bnyak yg dah habis..nasib baik ada lagi tadi...
Tanpa Nama berkata…
aku paypal haram x tau
miss nafira(myeryn) berkata…
org kuala berang kah?aku pnah duk tengkawang..hhehehe
miera berkata…
:) yey! best ny balik kg, jaoh na kg hang. hehe~