Salam. Bermula
hari ini, aku akan cuti selama 4 hari, boleh bermalasan di atas tilam empuk ni.
Macam tak percaya praktikal aku telah tamat, kini tinggal beberapa hari lagi
aku bakal mula menjadi pekerja. Harap-harap bulan ramadan ni, tak banyak perlu
turun ke tapak untuk bekerja.
Orang kata, ”bulan ramadan, murah rezeki”.
Tapi bila difikirkan balik, hari-hari rezeki kita murah, kita sahaja yang tak
sedar. Mungkin di bulan ramadan ni lebih sedikit.
Tadi aku dapat
satu emel mengenai akaun paypal aku. Ada wang yang boleh aku kelaurkan rupanya
dari sana. Tak banyak tapi cukup untuk aku beli tiket balik beraya tahun ini.
Minggu lepas lagi, kakak aku ada bertanya, ada tak duit nak balik beraya. Aku
cakap ada saja padahal duit tinggal untuk duit untuk makan aje ni. Haha. Semua
pasal elaun praktikal aku yang tak dapat-dapat lagi ni. Bajet terus lari ke
laut.
Sebelum ni ada
orang tanya aku cara nak keluarkan duit dari akaun paypal. Aku memang tak
pernah buat jadi memang tak tahu. Aku nasihatkan beliau supaya google ajelah.
Sekarang dah senang sebab boleh transfer ikut akaun bank, bagi aje no akaun
bank kepada pihak paypal tu. Habis cerita!
Beli tiket raya
dah settle. 28/8 aku akan berangkat pulang ke Terengganu. Gila lama rasa tak
balik! Tak sabar nak tunggu lagi 3 minggu. Naik bas aje, bas mega jaya yang
memang favorite aku sekarang ni sebab terus ke Kuala Berang, tak payah nak pi
kuala Terangganu.
bas yang menjadi pilihan hati... |
Dulu, masa
belajar di Kulim, memang kalau balik kampung singgah di Kuala Terengganu dulu.
Sampai KT dalam jam 5 pagi, berjalan kaki ke Masjid Putih yang ada kat
tengah-tengah bandar KT tu untuk solat subuh, berehat dan tidur sementara
tunggu siang, nak naik bas ke kuala berang, Bas SP Bumi. Dulu bas ni buruk
gila, sekarang dah tukar boss la kot, bas baru siap ada perkhidmatan bas
ekspress lagi tu. Haha.
bas yang berjasa pada aku..haha |
dah melalut
jauh ke laut dah ni. gila apa cerita pasal bas! Ok lah. chow dulu.
assalamualaikum.
Ulasan
Dengar kata dah byk tiket habis dijual. T.T