Pengalaman Latihan Industri Seorang Pelajar


Salam. Melalui masa-masa praktikal adalah satu benda yang menyeronokkan jika tidak menjadi kuli kepada pihak atasan. Aku bernasib agak baik kerana mendapat pihak atasan yang agak senang berurusan dan ‘sporting’ untuk dibawa berbincang.

Hari pertama, macam biasa aku diperkenalkan kepada staff di kumpulan ikram sdn bhd. Nasib baik tak ramai mana dalam department tersebut. Pada hari pertama ni, aku baru sahaja tahu yang kalau bidang ‘engineering geologist’ ada dua pilihan iaitu sebgai kontraktor atau konsultan. Maklum di universiti tak pernah didedahkan perkara-perkara semacam ini. Jadi aku decide untuk bekerja sebagai konsultan kerana kurang penatnya berbanding kerja kontraktor. Sekali lagi aku bernasib baik disebabkan department aku itu merupakan department konsultan.

topographic survey
resistivity @ keberintangan 
soil boring
 ramai orang cakap ‘zaman kerja tak sama dengan zaman belajar’, di sini baru aku nampak! Memang jauh skali tapi tak perlulah korang nak rasa menyesal dengan ilmu selama korang belajar kerana ianya masih digunakan cuma tak sepenuhnya. Kerja yang aku lakukan adalah satu ilmu baru yang sangat-sangat bagus dan menyeronokkan kerana aku dapat melihat secara live, bukan lagi melalui gambar-gambar atau textbook atau nota. Kalau tak faham, bolehlah bertanya secara sopan dan penuh adat ketimuran kepada mereka yang lebih pakar.

Apa yang seronoknya menjadi geologi ialah aku perlu pergi ke site, kalau duduk office pun memang takde kerja. Jadi, di site ini segala ilmu perlulah diserap sepenuhnya selagi terdaya dek akal fikiran. Sepanjang aku berpraktikal di ikram ni, terdapat 3 site yang aku lawati iaitu di kampong baru Kuala Lumpur, Benut Pontian Johor dan Kerambit Kuala Lipis Pahang.

ground penetration radar atau GPR

mackintosh probe @ MP
Sedih dah tak bergelar pelajar, namun sebagai manusia kita sememangnya sentiasa belajar cuma cara dan ketikanya berbeza mengikut keadaan. Assalamulaikum.

Ulasan

leez dolu amik civil engineering. ade gak wat probe tu dlm subjek geology. tgh syiok2 wat, sorang kwn nie xsedar ibu jari dia t'kena 'hammer' probe tuh! tau2 dah b'darah! kita yg tgk pun rase ngeri! hadoi!
miera berkata…
zaman praktikal mmg syok kot.
senyumSOYA berkata…
yup2..time praktikal paling best!! semua bnda diaplikasikan.. live learning ^^"