Salam. Melalui masa-masa
praktikal adalah satu benda yang menyeronokkan jika tidak menjadi kuli kepada
pihak atasan. Aku bernasib agak baik kerana mendapat pihak atasan yang agak
senang berurusan dan ‘sporting’ untuk dibawa berbincang.
Hari pertama, macam biasa aku
diperkenalkan kepada staff di kumpulan ikram sdn bhd. Nasib baik tak ramai mana
dalam department tersebut. Pada hari pertama ni, aku baru sahaja tahu yang
kalau bidang ‘engineering geologist’ ada dua pilihan iaitu sebgai
kontraktor atau konsultan. Maklum di universiti tak pernah didedahkan
perkara-perkara semacam ini. Jadi aku decide untuk bekerja sebagai konsultan
kerana kurang penatnya berbanding kerja kontraktor. Sekali lagi aku bernasib
baik disebabkan department aku itu merupakan department konsultan.
|
topographic survey |
|
resistivity @ keberintangan |
|
soil boring |
ramai orang cakap ‘zaman kerja
tak sama dengan zaman belajar’, di sini baru aku nampak! Memang jauh skali tapi
tak perlulah korang nak rasa menyesal dengan ilmu selama korang belajar kerana
ianya masih digunakan cuma tak sepenuhnya. Kerja yang aku lakukan adalah satu
ilmu baru yang sangat-sangat bagus dan menyeronokkan kerana aku dapat melihat
secara live, bukan lagi melalui gambar-gambar atau textbook atau nota. Kalau
tak faham, bolehlah bertanya secara sopan dan penuh adat ketimuran kepada
mereka yang lebih pakar.
Apa yang seronoknya menjadi
geologi ialah aku perlu pergi ke site, kalau duduk office pun memang takde
kerja. Jadi, di site ini segala ilmu perlulah diserap sepenuhnya selagi terdaya
dek akal fikiran. Sepanjang aku berpraktikal di ikram ni, terdapat 3 site yang
aku lawati iaitu di kampong baru Kuala Lumpur, Benut Pontian Johor dan Kerambit
Kuala Lipis Pahang.
|
ground penetration radar atau GPR |
|
mackintosh probe @ MP |
Sedih dah tak bergelar pelajar,
namun sebagai manusia kita sememangnya sentiasa belajar cuma cara dan ketikanya
berbeza mengikut keadaan. Assalamulaikum.
Ulasan