Iryu team medical dragon : live action drama


Salam. Tengah syok melayan season 2 drama jepun bertema perubatan yang bertajuk team medical dragon ni. Sebuah drama mengenai sifat doktor, sama ada mahu menyelamatkan pesakit atau menyelamatkan diri sendiri atau menggunakan hospital sebagai lubuk mengumpul wang.

suasana dalam dewan bedah!
Saksikan lakonan mantap sakaguchi kenji sebagai ‘head surgeon’ dalam drama ni. Sakaguchi kenji memegang watak Asada Ryutaro, seorang genius, rajin dan motif utamanya adalah menyelamatkan pesakit walaupun kaedah yang digunakan adalah bertentangan dengan pihak atasan. Asada Ryutaro akhirnya tidak diterima di mana-mana cawangan hospital kerana sikap yang suka melawan.

Namun, kehadiran Katou Akira sebagai pembantu profesor yang ingin menggunakan kehebatan Asada Ryutaro bagi menjalankan pembedahan yang bernama ‘Batista’ membolehkan Asada mengumpulkan dan menghasilkan satu pasukan yang mempunyai motif sama sepertinya iaitu menyelamatkan pesakit. Dari sini dapat. Kita lihat konflik setiap ahli pasukan yang bakal dipilih Asada sama ada mereka dapat ‘cope’ atau tidak dengan cara asada menjalankan tugasannya sebagai ‘head surgeon’.

sakaguchi kenji sebagai asada ryutaro

Batista team. Batista merupakan salah satu kaedah untuk pembedahan hati. aku baca di
wikipedia yang pembedahan ni sangat-sangat tak direkomen.
Setakat ini hanya terdapat 3 musim bagi drama team medical drama dengan setiap musim mungkin terdapat konfliknya sendiri. Aku masih tak tahu kerana aku baru sahaja menghabiskan musim pertama dan tengah menonton musim kedua. ( klik sini untuk download semua season team medical dragon. )

Team medical dragon ini juga sebenarnya dihasilkan sebagai live action bagi manga dengan tajuk yang sama iaitu team medical dragon, jalan ceritanya aku tak berapa pasti disebabkan aku tak baca pun manga tersebut. Layan drama baru best kalau jalan ceritanya berkaitan kedoktoran ini. Nampak real je semuanya! Bolehlah kalau mahu membaca manga team medical dragon di mangareader.net ( klik sini untuk baca manganya )

manga team medical dragon.
tak sabar mahu layan season 3 pulak. haha. selamat berpuasa semua.
assalamualaikum.




Ulasan

puteri ain berkata…
mcm seronok je cerita ni . hehe
miera berkata…
hehe, suke no layan cite2 jepun? tapi mmg best pon, jalan cerita dia seronok. :)
Sebab Asada Ryutaro, aku sanggup beli DVD original season pertama dan kedua. Masa tu tak reti lagi download download ni. Tapi sayang, DVD tu semua dah dipinjam orang tapi tak reti-reti pulang balik. Huhu.
Unknown berkata…
ske cerita nie jgak!! hehe.. :P
Tanpa Nama berkata…
link for download is dead....anyone to provide a new link please...??