Earth Day 2011 a.k.a Hari Bumi 2011 !!

Salam.sebelum masuk cerita tentang hari bumi, jom baca satu cerita tentang couple dalam Islam. satu cerita yang sangat sesuai untuk muhasabah diri. aku tahu bukan senang nak tahan gelodok perasaan nak bercinta di kala semua orang di sekeliling korang ade pakwe makwe masing-masing. 24 jam bercerita pasal pakwe makwe diorang aje je. tapi ingat Islam itu yang terbaik dan setiap arahan dan larangan yang diberikan ada hikmah tersendiri. huhu. Jom baca kisah tiada istilah couple Islamic nie.



Hari-hari hari bumi !!!
Ok. masuk tajuk balik. Hari bumi merupakan satu hari peringatan yang telah disambut selama 41 tahun. Tahun ni kira yang ke 41 la. Kalau Earth Hour memang terkenal, hari bumi ni kurang sikit rasanya. Sebab dah 22 tahun  aku hidup ni, semalam baru kali pertama aku dengar tentang hari bumi ni. haha.  

Hari bumi disambut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan alam sekitar, rasanya dah ramai yang sedar tentang kepentingan jaga alam sekitar nii, jadi aku rasakan yang hari bumi just satu hari untuk mengingatkan orang ramai supaya terus giat menjalankan kegiatan untuk menjaga alam sekitar. Kenapa? sebab manusia ni mudah lupa. jadi kena lah selalu ingatkan. hehe.

Cakap banyak tak guna, yang penting action dan hasil kerja korang. jadi apa yang boleh dibuat untuk sama-sama membantu menjaga alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar nie. Bagi aku, yang paling mudah dan simple adalah re-use dan recycle atau dalam bahasa melayunya guna semula dan kitar semula. 

jom recycle !!
Untuk recycle, korang tahu-tahu sendirilah. paper, botol kaca, botol plastik buang dalam tong recycle atau tong sampah atau boleh dijual ke kilang recycle barang atau bagi aje dekat makcik cleaner. dapat jugak pahala. yang penting, jangan buang merata sudah! 

Re-use atau guna semula ni korang kena kreatif sikit. tak ramai yang pakai cara ni sebab leceh. aku pun dua kali lima. hehe. Kena fikir sikit macam mana nak guna semula apa yang dah korang gunakan atau barangan korang yang dah rosak. kalau korang nak cuba, boleh tengok di blog ni : macam-macam cara dan barang yang dibuat menggunakan barang yang dah terpakai. memang kreatif. Oh! korang jugak boleh jual barang-barang korang yang rosak sikit. jangan yang dah hancur berkecai pun korang jual jugak, nanti korang yang hancus. hehe.

Lagi untuk mereka yang nak kurus atau jaga badan, korang janganlah naik kereta atau kenderaan bermotor. amalkan jalan kaki atau naik basikal. bukan badan sahaja yang maintain, boleh juga kurangkan bilangan kenderaan di jalan dan kurangkan kesesakan lalu lintas serta kurang pembebasan asap-asap tercemar ke udara. dah macam 3 in 1 dah !!

dah tahu apa hari bumi dan dah ada idea bagaimana nak sama-sama membantu masalah pencemaran yang makin hari, makin teruk. apa tunggu lagi. take first action and be proud of it!! jangan buat jahat aje nak bangga! hehe. 

ok. chow~  

Ulasan

farhanaDr berkata…
Weh.. Siapa ajar gelodok perasaan? Isk3.. Ade ke perkataan gelodok? =p

Okay.. Aku tak naik kete dah!! Nak kuruskan badan.. Kan? Heee.
Tanpa Nama berkata…
selamatkan bumi dengan penghijauan.