Kempen Earth Hour Malaysia 2010


Salam.

Earth Hour merupakan acara tahunan yang dijalankan pada hari sabtu minggu terakhir pada bulan MAC. Kalau tahun lepas, pada 28 MAC aku sorang3 pada masa tue bergelap sebab roomate ntah menghilang ke mana!!

Tahun ini Tahun 2010, Earth Hour akan diadakan pada 27 MAC bermula pada JAM 8:30 malam di mana ianya akan memberi seribu satu kebaikkan kepada tempat tinggal kita. Saban hari, manusia leka merosakkan bumi dan dengan menyokong aktiviti seperti ini, ianya dapat mengurangkan kerosakan yang dilakukan terhadap bumi.

Pada tahun lepas, bangunan seperti KL Sentral, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Angkasapuri, Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang, Sunway Intergrate Resort , Mid Valley Megamall, Bangunan DBKL dan Dataran Merdeka turut memadamkan lampu selama sejam bagi menyokong aktiviti ini. Selain itu, Rangkaian Radio Media Prima yang terdiri daripada Hot FM, Fly FM dan One FM turut menyumbangkan inisiatif untuk kempen Earth Hour ini. Ketiga-tiga stesen ini mengambil langkah dengan menghentikan siaran selama sejam dalam tempoh kempen tersebut. 8TV juga telah turut serta dengan mematikan waktu siaran perdana mereka pada 28 Mac 2009 dari jam 8.30 hingga 9.30 malam supaya dapat memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat. Ini sekaligus menjadikan 8TV sebagai stesen televisyen pertama yang mengambil tindakan sedemikian.

Diharap pada tahun ini, lebih banyak pihak turut menyertai aktiviti ini kerana banyak kebaikkan akan diperoleh. Marilah kita sebagai blogger turut berkempen hingga ke tarikh yang akan berlansungnya Earth Hour tersebut huhuu.

Jika kamu seorang remaja, jom sertai kempen Earth Hour di sini.

Salam.

Ulasan

Solehah berkata…
nak sambut..nak sambut..nak tdo awal malam tu..
zhrhtoodem berkata…
jom sambut!!!!!!!!!!!!
Aku nih remaja ke ek??? Jap jap.. Nak pikir.. Hehehehe.. ;p
mamai berkata…
kita lihat tahun ini macam mana sambutannya
Tanpa Nama berkata…
wah. dah setahun berlalu
devoted lily♥ berkata…
haha..
last year aku lari pi jusco..
cr ekon..=p
pudding pie berkata…
sudah sampai waktunya ye..
okay2, ku sokong!