Bing Dituduh Meng'Copy' Google !!

  • salam. selalu kita dengar seorang blogger meng'copy' dan paste isi blog orang lain tanpa kredit. memang satu perkara yang tak patut dilakukan oleh blogger. 'copy' dan 'paste' bulat-bulat dari akhbar online juga tak bagus, sekurang-kurangnya keluarkan sedikit pendapat korang. guna sikit akal korang yang hebat tu untuk hurai sesuatu  isu yang diutarakan. huhu.
- sumber -


  • okay. berbalik pada tajuk entri. bing merupakan tempat pencarian maklumat yang femes walau tak sefemes google. bing mungkin ada orang yang tak tahu atau tahu tapi tak pernah nak guna manakala google memang kalau korang tak tahu, maknanya korang tak pernah gunakan internet. hehe.
  • google yang mengesyaki bing men'copy' sebahagian daripada hasil carian google mula memasukkan carian yang tidak mungkin dicari oleh orang ramai, dan tidak lama kemudian, bing mula menunjukkan hasil carian term tersebut.
  • namun, pihak microsoft mengatakan pihak mereka tidak meng'copy' sebaliknya mereka menggunakan lebih daripada 1000 signal untuk meletakkan ranking hasil carian dan salah satu daripada merupakan enjin carian google. jadi tak mustahil untuk keluar hasil carian yang sama dengan google.
  • setakat ni, masih tak tahu sama ada pihak google akan menyaman atau tak pihak microsoft tapi aku rasa tak kot. kalau nak ikutkan google pun bukan merupakan sumber asal sesuatu artikel/gambar. pihak google hanya menyenaraikan link-link yang berkaitan dengan carian orang ramai. dunia internet luas sangat, sampai tak tahu yang mana karya asal atau yang mana karya palsu. pandai-pandailah korang nak nilai dan buat keputusan sendiri.
         sumber : sini

          p/s : punya la panjang aku tulis mula2..tapi sangat melencong dari tajuk, jadi padam balik..kahkah!

Ulasan