Selamat Hari Jadi Sayang !! ( Updated! )

 update : saudari/blogger nurfarhana ada buat versi dari pandangan si isteri. jangan lupa baca karya tue kat sini  
 ( terima kasih sayang ) , lagi best kot hahaa.


aku membasuh muka aku dengan titisan titisan air paip, aku pandang wajahku di cermin. kusut, masai dan tak bermaya. aku mengeluh dan di saat itu terasa beban yang dipikul tersangat berat. rasa mahu sahaja aku rebah dek kerana beratnya beban yang terpaksa dipikul. sebelum ini, semuanya indah, semuanya ceria. hanya kerana satu kemalangan hidup aku berubah. isteriku ibarat mayat bernyawa. tiada perkataan, tiada hilai ketawa apatah lagi satu senyuman yang sangat-sangat aku rindui.

- sumber -

aku menuju ke cafe bagi mencari epal merah untuk isteriku. sudah menjadi kemestian buat aku untuk membawa sebiji buah kegemarannya itu setiap kali aku melawatnya di wad. sampai sahaja di wad di mana isteriku ditempatkan, aku duduk di sebelahnya. aku pandang wajahnya. aku rasakan air mata ini masih mahu mengalir melihat keadaan dirinya, jadi aku paksa diriku senyum.

'sayang apa khabar? abang datang lagi hari ni. hari ini abang ada bawakan buah kesukaan sayang'. sambil itu tangan aku mengambil sebiji epal merah dari poket baju kemejaku dan membuat gaya ala-ala suprise. tiada reaksi! aku ambil epal merah itu, aku cari sesuatu di atas meja bersebelahan katil isteriku. aku jumpa sebilah pisau dan aku ukir sesuatu di atas epal merah itu. mendengar azan berkumandang, aku meninggalkan epal itu di atas meja dan aku bergerak menuju ke surau.

'Ya Allah sesunguhnya Engkau yang menciptakan kami, hamba mu yang penuh dengan kehinaan Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang menjadikan Adam dan Hawa, hamba mu mohon kepadaMU Ya Allah, Kau sembuhkanlah isteri hamba mu ini Ya Allah, Kau Berikanlah isteriku kekuatan Ya Allah untuk menghadapi
ujianMu ini. Aku redha atas ujian yang kau berikan kepadaKu ya Allah...air mata terus mengalir, terasa sebak di dada. Dalam keadaan tiada tempat bergantung aku yakin Allah sentiasa di sisi aku.   

selesai solat, aku bercadang untuk menjenguk ke wad isteriku sebelum pulang ke rumah. 

sampai di pintu wad, kaki aku menggeletar, jantung aku berdegup kencang, air mata aku tahan dari mengalir. 'terima kasih Ya Allah' hanya itu yang mampu aku katakan. isteriku memandang aku dengan pandangan kosong dan penuh tanda tanya. doktor dan nurse juga sibuk memeriksa keadaan terkini isteriku. dalam keadaan itu, aku nampak yang isteriku memeluk erat sebiji epal merah yang terukir perkataan 

'happy birthday, sayang!' aku tersenyum penuh kesyukuran.

- edit pic : sumber -
menurut doktor keadaan isteriku sudah semakin stabil namun ingatannya masih kurang baik akibat kejutan yang diterima sewaktu kemalangan tempoh hari.

setelah beberapa hari diperiksa doktor, isteriku dibenarkan pulang ke rumah. akulah yang paling gembira. pada petang itu, sewaktu isteriku duduk di beranda rumah, aku datang melihat keadaan dia,

'pernah tak saya beritahu awak yang saya cintakan awak?' tanya aku.

'sejak saya keluar dari hospital ni, dah satu juta kali rasanya' jawab isteriku sambil tersenyum memandang aku. aku tatap wajah senyuman isteriku yang sangat aku rindui itu. rasa tak lengkap hidup ini tanpa senyuman itu.

'saya cintakan awak dan saya pasti itu yang ke satu juta dan satu' kata aku turut tersenyum.


hasil karya : Hariz Izuan
p/s : selamat hari jadi diucapkan kepada blogger Nur Farhana Abdullah : Cahaya yang riang gembira. semoga hidup kamu sentiasa dalam nur hidayahNya. best of luck dalam pencarian suami dan anak kembar tue. hehee.  

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
along dah nangis semangkok da..
best la cite nie..
(adek along)
Pencarian akan diteruskan sampailah jumpa lelaki macam dalam kisah ni.. Huuu..

Terima kaseh untuk wish.. Terima kaseh untuk kisah ni.. Terima kasih untuk happy ending kisah ni.. Terima kaseh untuk epal merah.. Terima kaseh.. :)
Azuan berkata…
@Tanpa Nama

nangis takpe..jgn muntah darah dah....:D
Seri berkata…
happy ever after
pearl apple berkata…
suwitnya...sukanya saya..muahahhaaha~~i like...dr 10 bntg dpt 10 gk...=)
Azuan berkata…
@pearl apple

:D

thanx for the nice komen..hehee
Mrs Nurul berkata…
wahhh bahagianya..sejuta satu kali =)
Tanpa Nama berkata…
wah..sadis gle cite nih!tapi..ape kaitan entry ni dengan nur farhana abdullah?
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum

haiseymn..cite sedih lak.
Satu juta dan satu. Heee. :))