One Piece Anime

Kali nie nak cerita sikit pasal komik/anime/manga kegemaran ramai iaitu One Piece. Budak laki rata-rata memang tahu kot pasal anime nie. Mantap giler kot! Manga hasil Eiichiro Oda nie memang dah lama wujud sejak 1997. Aku darjah satu masa tue. hehe. tapi masuk UKM ni baru aku layan anime One Piece ni. Aku suka layan anime lagi dari baca manga.



One Piece mengisahkan pengembaraan seorang budak Monkey D Luffy [Captain] untuk menjadi Raja Lanun. Mula-mula cari anak buah jumpa si Zorro [Swordman], kemudian Nami [Navigator], Usopp [SharpShooter], Sanji [Chef], Chopper [Doctor] , Robin [Archeologist] , Franky [ShipWright] dan Brook [Musician].

Bagi aku, one piece satu anime yang sangat menarik sebab jalan cerita takde pening mana [cuba baca death note!] lawak yang sangat lawak [boleh gelak guling-guling walau ko tengok sorang-sorang] dan aksi lawan yang mantap!

One Piece Dressrosa Arc

Aku baharu sahaja tamatkan anime One Piece edisi [arc] Dressrosa Island. Gila lama nak habis. Ada dalam 100++ episod kalau tak salah. Doflamingo merupakan penjahat utama dalam edisi ini. Memang jahat gila. Selain Doflamingo yang menggunakan kuasa string dan dia sangat hebat dalam memanipulasi kuasa dia sehingga mampu buat operation sendiri lepas kena serangan Law.

Dalam Dressrosa arc, tak semua anak kapal Luffy ada di Pulau ini kerana bertolak terlebih dahulu dan mereka merancang untuk bertemu di satu tempat bernama Zou. Anak buah strawhat berpecah kepada dua iaitu Sanji, Nami, Chopper dan Brook bersama Momonosuke [anak kinemon] bertolak dahulu dengan tawanan mereka iaitu Ceaser Clown [lawan mereka di Punk Hazard] manakala Luffy, Zorro, Robin, Franky dan Usop bersama-sama dengan Kinemon dan Law terperangkap dalam kemelut yang melanda Dressrosa.

Boleh dikatakan Dressrosa adalah satu arc yang besar kerana terdapat banyak karektor-karektor baru diperkenalkan dan di akhirnya mereka turut menjadi pengikut Luffy seperti Orlumbus, Cavendish dan semestinya watak favorite Bartolomeo.  Watak Sabo yang merupakan orang kanan Revolutionary Army dan abang kepada Luffy dan Ace. Background antara watak Law, Doflamingo dan Corazan memang menyayat hati. Namun, flashback ini pun ambik beberapa episod nak habis. Serius tak best! hahaha.
Antara fight yang terlibat dalam Dressrosa Arc adalah;
1) Luffy vs Doflamingo [ Luffy dalam fouth gear mode ]
2) Zorro vs Pica [ Zorro pakai Haki ]
3) Luffy vs Fujirota [Arggghh - fight ni tak habis, kalau Zorro lawan ni mesti lagi best]
4) Usop vs Sugar [suka scene Usop dibantu Viola untuk tembak Sugar]  
5) Sabo vs Fujirota

luffy fourthgear
Luffy dalam Gear Fourth mode.

luffy vs doflamingo anime
Luffy vs Doflamingo - Haki fights
Untuk next arc, aku memang tak boleh nak bayang apa akan berlaku sebab Dressrosa arc ini memang terbaik. Yang pasti lawan Luffy seterusnya bukan calang-calang. Selepas dah tewaskan seorang lagi Shicibukai [Doflamingo] dah tiba masa Strawhat pirates untuk menentang emporer la pula. Aku rasa kali ini mereka akan melawan Kaido.


Kaido yang selamba bangun selepas terjun dari Sky Island.

One Piece Gold

Sebelum masuk Arc seterusnya, kita diberi dahulu sebuah filem terbaru dari anime One Piece iaitu One Piece Gold. Kali ini krew budak topi jerami berlawan dengan Gran Tesoro, pemilik bandar entertainment paling besar di laut. Memang besar dan kaya! Kapal Gran Tesoro ni sebesar sebuah pulau. Gran Tesoro semestinya mempunyai kuasa memanipulasi emas. Memang payah nak kalahkan mamat ini.

Kalau nak ikutkan filem One Piece Gold ini boleh dijadikan satu arc yang panjang tetapi sebabkan ianya adalah filem ianya tamat dalam durasi lebih kurang 90 minit sahaja. So, memang agak kurang dari segi aksi dan jalan cerita kalau nak banding dengan anime bersiri. Tetapi beberapa watak baru diperkenalkan masih memberi impak contohnya watak pencuri Carina dalam filem ini, hubungannya dengan Nami memberi jiwa pada watak Nami yang telah agak lama tidak menjadi fokus utama.

one piece gold krew strawhat
Krew Budak Topi Jerama [Strawhat]

Ulasan

Anisa berkata…
huh.suka jgk!!
piNky LuCiA berkata…
suka layan anime yang romantik.. hehehe
ardinihumaira berkata…
dni lom penah tengok katun ni :)
Unknown berkata…
salam azuan~

hehehe.. den pun penah tgk citer nie.. penah giler ngan citer nie.. siap beli poster laie wat tmpal kat bilik.. nak2 si sanji tu.. aduhai.. macho deh... =)
joegrimjow berkata…
Xleh blah sanji hilang banyak darah sebab tersembur kuat sangat
CiPoT CeDoT berkata…
one piece nih dalam komik melayu dorg panggil budak getah rasa nye..rasa nye laa...akhaz..
N a d i a berkata…
Azuan!

Best ekk citer ni?
Boleh lawan Angel Densetsu tak?

Memang dengar-dengar ramai suka tengok citer ni.. kalo best, boleh dload gak.. dah lama tak layan manga baru.

Fate/Stay night ada tengok tak? Macam kool jugak cite tu.
farhan asyraf berkata…
betul. saya suka cerita ni. mmg mantap gilaa lah :D
Azuan berkata…
nadia :

angel densetsu takde anime la..tp komik dia boleh layan..hehe

one piece nie lagi best! bagi ak la..tp cter nie pnjang..dah 600++ lebih episod..

fate/stay night dah prnah tgk tapi x habis la sebab serius sangat...hoho
ooo.. 1997 darjah satu ker? ooo.. aku darjah 4.. haha..

one piece? suka lagi doremon.. :p
N a d i a berkata…
oo maik aih.
600++ lebih ker..
adeih..

cite Naruto Shippuuden tu pon
tak dan nak tengok sampai abis..

boleh la cuba layan, skarang kasi can kat hubby. Die tengah syok tengok Ranma 1/2.

Haha
sitid0ra berkata…
@░♥si lampu neon♥░

serius best cerita ni!!!!!
sangat suka!!! huhu.. rase mcm tak leh lawan dgan yang lain je? hahah