Salam.
Facebook memang sangat terkenal dan telah mencatat 500 juta pengguna aktif semenjak diperkenalkan. Aplikasi games yang aku dah tak main-main sejak berhenti main Farmville merupakan antara sebab utama Facebook digemari. Perkara biasa sangat bila nampak peniaga yang layan games facebook nie masa tengah tunggu next customer. Jom tengok games apa yang paling femes di facebook.
Pet Society Pembina : Playfish 12 juta pengguna aktif |
Pet Society merupakan games di mana korang boleh belikan penampilan yang bergaya untuk pet korang. Aku kurang jelas sebab aku tak pernah main. yang pasti 'paw point' sangat penting dalam games ini. Dalam sebulan ada 12 juta pengguna aktif yang bermain games yang dibina oleh playfish nie.
Mafia Wars pembina : Zynga 17 juta pengguna aktif |
Dengan pengguna aktif 17 juta orang, mafia war yang aku pernah main, tapi bukan di facebook. Aku main masa guna tagged.com, sebab ramai member aku yang main games nie, aku pun terikut sekali. Mafia wars bermula dengan korang diberi tugasan sambil mengumpul wang dan pengalaman untuk meluaskan empayar mafia korang. Korang boleh rekrut ahli-ahli baru dan bersaing dengan pemain-pemain lain untuk menjadi mafia yang terhebat. * Layan jugak games nie.
Cafe World pembina : Zynga 19 juta pengguna aktif |
Cafe World memerlukan korang mengusahakan sendiri restoran korang. Kawan aku yang suka memasak main games ni dan sangat serius ketika bercerita mengenai restoran maya beliau. hahaa. Korang boleh pilih serta hasilkan pelbagai jenis hidangan untuk tarik pelanggan dan akhirnya menghasilkan restoran terunggul.
Frontier Ville pembina : Zynga 30 juta pengguna aktif |
Frontier Ville merupakan games yang boleh dikatakan baru je diperkenalkan di facebook nie. Berlatarkan zaman silam barat US, games yang lebih kurang FarmVille nie digunakan oleh 30 juta pengguna aktif facebook. Selain meternak dan berladang, pemain juga perlu mangawal rumah dari ancaman binatang liar.
Farmville pembina : Zynga 50 juta pengguna aktif |
FarmVille berada di kedudukan games facebook paling digemari oleh orang ramai. Dengan 'Farm Coin', korang ditugaskan untuk membina sebuah ladang kosong. Tak payah cerita panjang sebab aku rasa ramai yang pernah main farmville nie termasuk aku sendiri.
p/s : main-main jugak, jangan terabai segala yang lain sudah ~ hihii
Ulasan
http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/initiative-tragedi-kemalangan-bas.html