5 Games Facebook Yang Paling Digemari !!

Salam.

Facebook memang sangat terkenal dan telah mencatat 500 juta pengguna aktif semenjak diperkenalkan. Aplikasi games yang aku dah tak main-main sejak berhenti main Farmville merupakan antara sebab utama Facebook digemari. Perkara biasa sangat bila nampak peniaga yang layan games facebook nie masa tengah tunggu next customer. Jom tengok games apa yang paling femes di facebook.

Pet Society
Pembina : Playfish
12 juta pengguna aktif
Pet Society merupakan games di mana korang boleh belikan penampilan yang bergaya untuk pet korang. Aku kurang jelas sebab aku tak pernah main. yang pasti 'paw point' sangat penting dalam games ini. Dalam sebulan ada 12 juta pengguna aktif yang bermain games yang dibina oleh playfish nie.

Mafia Wars
pembina : Zynga
17 juta pengguna aktif
Dengan pengguna aktif 17 juta orang, mafia war yang aku pernah main, tapi bukan di facebook. Aku main masa guna tagged.com, sebab ramai member aku yang main games nie, aku pun terikut sekali. Mafia wars bermula dengan korang diberi tugasan sambil mengumpul wang dan pengalaman untuk meluaskan empayar mafia korang. Korang boleh rekrut ahli-ahli baru dan bersaing dengan pemain-pemain lain untuk menjadi mafia yang terhebat. * Layan jugak games nie.

Cafe World
pembina : Zynga
19 juta pengguna aktif
Cafe World memerlukan korang mengusahakan sendiri restoran korang. Kawan aku yang suka memasak main games ni dan sangat serius ketika bercerita mengenai restoran maya beliau. hahaa. Korang boleh pilih serta hasilkan pelbagai jenis hidangan untuk tarik pelanggan dan akhirnya menghasilkan restoran terunggul. 

Frontier Ville
pembina : Zynga
30 juta pengguna aktif
Frontier Ville merupakan games yang boleh dikatakan baru je diperkenalkan di facebook nie. Berlatarkan zaman silam barat US, games yang lebih kurang FarmVille nie digunakan oleh 30 juta pengguna aktif facebook. Selain meternak dan berladang, pemain juga perlu mangawal rumah dari ancaman binatang liar.

Farmville
pembina : Zynga
50 juta pengguna aktif
FarmVille berada di kedudukan games facebook paling digemari oleh orang ramai. Dengan 'Farm Coin', korang ditugaskan untuk membina sebuah ladang kosong. Tak payah cerita panjang sebab aku rasa ramai yang pernah main farmville nie termasuk aku sendiri.


sumber gambar : google
p/s : main-main jugak, jangan terabai segala yang lain sudah ~ hihii

Ulasan

Unknown berkata…
selalu layan farmville je.. tp tu dlu2 kala...
Nurul Ain berkata…
saya jarang main game :)
Balqees Amanda berkata…
main farmville n cafeworld..hehe
watchalawatco berkata…
mana mu nak letak CityVille... kekekekekeeee :)
sazali yusof berkata…
dulu memang gila farmvll dengn yakuza loard.. skunk macm dah tak musin je kan..

http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/initiative-tragedi-kemalangan-bas.html
Nuyu Yusof berkata…
haha..dulu mmg layan ah farmville ngn cafe tuh. tp skng da mls da..huu~
Azuan berkata…
saynoto : cityville games baru dari zynga la...hohoo
noreed berkata…
dah bersara dari bermain farmville. berhatu sungguh permainan ni. kalo tercebak susah mahu berhenti
nuyuEna berkata…
.dulu pernah satu bilik kt kolej ketagih maen farmvile..giler r..balik2 klas je..trus on9..takut pokok terung mati..haha
riff berkata…
farmville mmg best :)
Budak Botak berkata…
he3, dulu main ninja saga n cafe world. skarang dh berblog x main dh la...
Arif Aziz berkata…
mafia wars terbaik lah :)