Lelaki Dari Marikh, Perempuan Dari Zuhal !! Perbezaan Lelaki dan Perempuan..

Salam.
Dah lama tak berjalan di dunia alam maya. Balas komen aje kerjanya. Yang lain haram! Tapi pagi nie tetiba semangat berblogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak blog baru yang tumbuh yang aku termasuk, terbaca dan tertinggal komen. *Baru jugak tahu gosip terbaru dekat dunia blog yang sebelum ni langsung tak tahu hujung pangkal. hehee.

Dalam masa blogwalking itu, aku terperasan sesuatu yang, ntah la mungkin aku je baru nak perasan yang kebanyakkan blogger lelaki akan tulis yang dia ni seorang yang kacak, hensem, bergaya, metroseksual, heteroseksual dan macam macam lagi yang nak gambarkan betapa kacaknya mereka itu padahal muka masih berhingus lagi hohoo. Aku pun perasan yang aku pun pernah buat entri pasal 'kenangan kacak zaman silam'.

Blogger perempuan pulak, sah-sah la takkan tulis yang diorang tu seorang yang cantik, bergaya, anggun dan sebagainya ayat yang nak menunjukkan betapa cantiknya mereka itu. Blogger perempuan lebih rendah diri dengan membandingkan diri mereka dengan blogger lain. Contoh ayat  " Aku tak cantik macam.....bla3" dan  " ala...orang gemuk mana ada nak pandang, tak macam...bla3".

Nampak kan perbezaan lelaki dengan perempuan. Lelaki sangat ego dan kuat berimiginasi sehingga tanpa segan silu dan berani mengatakan dirinya seorang kacak walau badan tak sesasa Fahrin Ahmad dan muka tak sehensem Farid Kamil. Perempuan pula walau secantik Nur Fazura dan Se'hot' Megan Fox pun mereka, perempuan tetap akan berasa 'tergugat' dengan perempuan lain, kerana di antara seorang perempuan dengan perempuan yang lain ada satu persaingan yang sihat.


Walau kedua jantina ini sangat berbeza, tetapi saling memerlukan kerana perempuan perlukan lelaki untuk perhatian, persefahaman dan kesetiaan manakala lelaki perlukan perempuan untuk galakan, penghormatan dan keyakinan.


p/s : ingat nak tulis panjang lagi. Tapi esok ada exam kot. Dah la blogwalking je dari tadi.

Salam.

Ulasan

habis, aku neh selamba ja puji diri..adakah aku dari mars???
Liliyuli berkata…
semanis gula kapas je saya...

^_^
Azuan berkata…
ladyrye : pluto mungkin....hehe


liliyuli : x pernah rasa gula kapas..hohoo
Der.. Bace last paragraph ko, aku rasa ko dah makin matang laa.. Terharu jap aku.. :p

On earth we met and know each other.. Tapi nak kenal each other pun bukan senang.. Huhu..

Gud luck weh.. Wat leklok..
miss nafira(myeryn) berkata…
wow..nk exam pon smpt blgwalking..
huhu..gudluck!
N a d i a berkata…
azuan,
bgtau ah
blog laki mane yg prasan dia tuh hensem..
bleh gak usha.
haha.
Azuan berkata…
dr : aku dah lama matang..ko je x tau..ekeke

miss nafira : sempat3...
noor berkata…
ion positive negative hihihihi
Kik0 ♥ QiLaH berkata…
erk. oke.
gua syak gua comey.
gua yakin dgn jawapan itu.





















bhahahaha~
Azuan berkata…
nadia : usha la blog ni puas3...hihi
Azuan berkata…
ziminomaria : tapi ada ion yang attract sesama jenis..bahaya tu..hihi

aqilah : ko pun mungkin spesis planet pluto..hihii
Seri berkata…
Seri dari pluto. hehe
ardinihumaira berkata…
chooppp...
p study! hehe
piNky LuCiA berkata…
gd luck untuk exam esok.. =) perempuan ngan lelaki saling melengkapi.. baru cantik dan hensem. hehe
Qib berkata…
napa macam samer je ngan diri ak.. wakakakak..
eh. ni bukan tajuk novel ker
Azuan berkata…
seri : jauh tu...

ardinihumaira : jeles r tu..hihi

ustazah : yup!!
Yuni Aisyah berkata…
mmg lelaki kebanyakkannya syok sendiri..suke kate yg diri mereka hebat dan macho padahal hampeh...huhu..
Azuan berkata…
pinqib : memang tjuk buku tapi ak x pernah lak baca..hohoo


yuni : ade pun sokong aku..hihi


alinac L : baik~ huhuu