Merepek Maraban Waktu Tengahari Bulan Puasa!!

Salam.

Semalam hanya mampu tidur 10 minit aje. Tue pun sebelum masuk waktu subuh. Tidur kejap. Ape kejadahnya aku buat aku pun tak tahu. Sedar sedar dah pukul 4.30 pagi. Terus mengejutkan rakan sebilik dan berambus ke kedai. Sahur. Tak best sahur kat kedai. First sebab kena bayo. Second sebab lambat tunggu order sampai. Kalu duk rumah, terus dapat makan dengan cepat dan yang penting free. hoho.

Sekarang masih tak mengantuk. Duduk di kelas tadi pun tak tidur. Aku sebenarnya riso sebab aku tak tidur lagi nie. Jadi tulis je entri mengarut ni, rasanya dah lama aku tak buat entri ntah apa apa camnie. Entri takde point penting dan takde maksud maksud tersirat atau tersurat. Jadi tak payoh la kome nak pikio panjang3. Pikir pendek3 sudah..haha

Owh! Tulis entri mengarut memang best. Aku tak payah pikir banyak. setengah jam pun boleh siap. Tadi aku ada baca surat kabar pasal budak hilang nyawa sebab kena letupan mercun. Aduhai kesian pulak, sampai tersangkut kat pokok mayat budak tue. Dah la dekat Terengganu. Kampung tue pun aku tahu kat mana. Tue baru satu kes, tapi manusia mana nak pernah serik. Mercun tue dah macam satu budaya, mana best raya tak main mercun. Kalau aku, aku tak bagi anak saudara aku main mercun. Bunga api cukup daa.

Masih panjang yea entri nie. Teruskan baca dengan hati yang tennag. Bulan puasa kena banyak sabar dan bnaykkan sedekah. Senyum tue pun sedekah. Senang kan nak buat pahala. Nak buat dosa bukan main payah lagi tapi ramai jugak yang suka buat. Dah lumrah manusia sukakan cabaran. Lagi mencabar, lagi la dia nak buat. Susah betul perangai macam nie.

Waktu berbuka dah makin awal. Aku selalu bukak dekat masjid, makan talam ramai ramai. Kalau makan sorang sorang memang kembung perut. Dah boleh jadi ikan kembung dah! Aku tengok ikan kembung nie tak kembung tapi apasal orang pakai ikan kembung yea??? musykil2.. Aku jugak berbuka dengan beli di bazar3, kedai dan sewaktu dengannya. Tapi lebih suka buka puasa di masjid sebab lebih meriah dah percuma. haha. Kena jimat duit kot. Tahun depan dah nak Latihan Industri. Kalau dapat tempat yang tak bagi elaun, ada la jugak bajet sikit sikit.

Nuffnang pun wa ingat nak simpan aje. Tolong klik yea iklan iklan di blog nie. hihi. Churp-churp yang gua promote hari tue, gua tak tahu lagi macam mana cara nak dapatkan duit. Kita tunggu dan lihat aje la dulu. Tapi 'scheluded tweet' dah banyak yang aku dah buat. Nuffnang blog nie punya bintang dah naik sampai penuh untuk LeaderBoard, sebab tue la aku tengok iklan asyik ada je. Tak macam dulu dah. Jangan lupa follow aku kat twitter yea. @janganbukak

p/s : tulis panjang panjang macam ada orang nak baca semua haha.  ngantuk nak tidur. ZZZzzzzz..

salam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
owhh..sebab budak tu main mercun ke? bukan sebab tiba2 meletup ke stok mercun tu?huhu..

Kepada Yang Berpuasa; Fuck you Off!

Kantoi! Ustazah Curi-Curi Makan Di Bulan Puasa. hoh!
Unknown berkata…
Layan jugak entry mengarut ko neh...
hehehe
Azuan berkata…
yep...rumah simpan mercun meletup..typing error..hohoo
Mah@mahu berkata…
Jom joint kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta.. TQ
Qib berkata…
AKU X RETI NAK WAT ENTRY NGAROT.. HAA. WALOPON AK MEMANG NULIS NYE.. KLIK IKLAN INDULGE KO.. :)