Salam.
Sahur tadi cuma dengan meneguk air sahaja. Kemudian tidur balik sebelum bangun subuh. Nasib baik tak jadi subuh gajah. hoho. Syukur masih hidup dan masih boleh menjalani ibadah puasa. Tragik bila baca kes kes kemalangan yang berlaku di Malaysia. Pagi tadi pun ada baca Berita Kemalangan di Jalan Maharaja, Teluk Intan,Perak. <baca sini >
...........................................
Teringat masa sahur di MRSM dulu, pagi pagi pakat beratur amik nasi MCDS ( Mak Cik Dewan Selera ). Aku memang jenis yang tak bawak 'tupperware' ke asrama terpaksalah meminjam sape sape punya yang ada. Tapi tue awal awal puasa je kot. Sebab aku ingat jugak yang MCDS bungkus nasi goreng ayam, buat makan sahur, tapi semua duk bantai makan tengah malam. haha.
Tapi yang paling tak leh lupa, masa tue aku baru balik dari kelas. Panas kot! Depan blok aku ( Blog G kalau tak silap ) ada satu 'watercooler' yang pada masa kelihatan anggun bergaya pada aku. Aku tanpa rasa bersalah, terus pergi teguk air sejuk tue. Lama jugak aku rase aku minum sampai seoarng member aku ( Bazli kot! ) sergah aku. "Woi! Tak puasa ke??"...Aku senyum kacak je la. Kata orang rezeki. hehe.
Paling best waktu buka ada bagi aiskrim kotak. Itu memang terbaik! Ada sekali aku terlewat pergi berbuka, MCDS tue bagi yang aiskrim jenis kon, mantap weih! Tue belum masuk bab sup 'gearbox' Pak Lang. Memang terbaik la. Roti Jala Pak Cik Hussein pun sodap!
Setiap tahun selama lima tahun, kat situ la aku bukak puasa. Mahu nak ingat semua. Banyak lagi cuma blur blur aje dalam kepala hotak aku nie. Tapi yang pasti semuanya manis manis belaka, takde kot kenangan kenangan yang kureng. Kalau ada pun, senyum aje la kan.
p/s : Tag 'kenangan puasa nie' kepada semua kawan kawan MRSM PDRM aku. Buat la yea kalau rajen. Sambil menaip tue, aku konfiden! korang senyum sorang sorang. haha.
selamat berpuasa dan selmat beramal.
Salam.
Ulasan
wat kiter tersenyum sengsorang..
ak paling rindu nk cop tmpat kt ds. kalu penoh mkn kt dsl. susun meja mkn ramai2..perghhhh
Tips Mudah Tingkatkan Trafik