Gotong Royong Dan Konsep Win Win Situation !!

Salam.

Baru sahaja habis bergotong royong untuk program bubur lambuk esok. Mula mula pergi rumah Prof, tolong amik apa yang patut. Pastu tengok budak3 perempuan buat kerja. haha. Last sekali baru tolong mengopek ikan bilis. Kerja senang je tue. hihi. Tapi sangat best program macam nie sebab boleh eratkan hubungan budak budak geologi. Malam nie persiapan aje, esok baru masak bubur lambuk tue. hoho.

Kalau kita tengok, situasi gotong royong begini memang dah jarang namapak lagi lagi di bandar besar. Semua tempah catering aje, sehingga kegiatan gotong royong antara penduduk setempat semakin hilang. Bila kegiatan gotong royong dah hilang, mula la tak kenal siapa jiran siapa lawan. Macam satu iklan radio yang ingatkan jiran dia cuba pecah masuk rumah tue. hoho.
Kalau dulu 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. Tapi sekarang mungkin dah berubah 'yang berat ko pikul, yang ringan bagi aku jinjing'. Masing masing pentingkan diri. Materialistik dan Individualistik semakin menebal dalam diri. Kalau boleh nak berjaya sorang-sorang, orang lain lantak pie la depa. Dah besar kan??

Kalau dalam blogging kita boleh ibaratkan konsep 'win win situation'. Apa yang kamu bagi, kamu dapat balik. Contoh kalau nak bagi link kan satu satu blog. Bagi aje tak perlu la fikir yang bukan bukan. JAngan fikir blog tue dah femes! Tak perlu la dilinkkan. Aku rasa macam lari topik aje perenggan nie. haha.
.......................................

Dah lama tak Blogwalking. Hujung minggu nie mungkin. Tadi terbaca kat satu blog mengenai walware yang banyak menjangkiti blog. Baca di blog ini. Moga moga dapat info yang berguna.



Salam.

Ulasan

Bantu selagi ade daya.. Kata orang, hari ni hari susah dia, esok lusa hari susah kita pulak.. Kita tak tau..

P/S: Ohhh.. Ko reti kopek ikan bilis rupenye.. :p
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
berat sama di pikul ringan angkat sendiri
Unknown berkata…
hahaha
ko ke yg kopek ikan bilis?

ekekeke
bagus ape program korang ni.