Anime Jepun : Katekyo Hitman Reborn Review : Mediafire Download Link





Salam.

Hujung mingggu cuti memang best sangat sangat. haha. Korang buat apa je hujung minggu nie? Aku bercadang nak tengok anime nie. Nak sambung dari last yang aku tengok. hihi. Memang best la anime nie, terbaik kot. Tapi DC tetap di hati wakaka. Masa first time baca komik ni la kan. Macam haram. serabut giler lukisan. Jadi aku tak layan. Tak silap aku komik ni ada dalam Majalah Arena. Budak sekolah asrama memang suka sangat belik majalah majalah nie, aku tumpang sekaki aje haha.

Nie poster kot hihi.
Anime hitman reborn nie sebenarnya sangat kureng masa awal awal keluar. cam tak best pun ada. tapi dengan hati yang jujur dan ikhlas, aku tengok jugak. Masuk je episod belas belas, dah nampak twist plot cerita nie, yang jadi makin best. Sekarang aku dah tengok sampai episod 150++, memang setiap watak makin best, makin mantap, makin layan aku tengok haha.

Sinopsis :
Cam kebanyakkan anime jepun yang lain,  mengisahkan seorang budak, Tsuna yang takde apa apa nilai dalam hidup terpaksa mewarisi keturunan keluarganya sebagai seorang ketua mafia. Datang seorang bayi, bernama reborn yang dikenali sebagai Arcobelleno untuk melatih Tsuna menjadi seorang ketua yang berwibawa. Untuk menjadi ketua, Tsuna memerlukan 6 orang guardian yang terdiri dari kawan kawannya sendiri. Tsuna yang tidak mahukan sebarang kuasa, namun terpaksa terjerumus kerana mahu melindungi rakan rakannya dari serangan kumpulan kumpulan mafia yang lain.

Apa Yang Menarik mengenai anime ni bagi aku la cara berlawan yang lain dari anime lain yang pernah aku tengok dengan kuasa yang pelik pelik. kalau nak tengok mesti tengok dari awal sebab cara berlawan setiap dari watak utama memang berevolusi menjadi makin hebat dan mantap.

Apapun, anime nie memang best untuk ditengok dan dilayan waktu kebosanan. kalu mahu download jugak (aku baru je download episod terbaru, sebelum nie sedut aje dari member..haha) , Sila cuba di sini : Download Hitman Reborn Mediafire Link.

Salam.

Ulasan

akhis berkata…
Tsuna-kun sgt cool!!! ^_^
pudding pie berkata…
dulu-dulu selalu gak baca Arena & Kreko tu..hehhee
amirahyusoff berkata…
katekyo hitman reborn yg terbaik :)