My Version of Grooming Tips

Salam.

Kalau mengikut tajuk entri, aku kena bagitahu cara-cara mendandan haha. Aku bukannya seorang yang penggila fesyen sampai hari-hari duk belek majalah mencari fesyen terkini. Aduhai takde masa aku nak buat semua tue.

Aku seorang lelaki yang bukan metroseksual. Aku main pakai je yang mana ada. Tengok kerajinan aku membasuh baju! kalau rajin, maka banyak lah pilihan aku dalam memakai baju, kalau tidak maka, terpaksa aku selongkar almari aku mencari pakaian mana yang ada.

Deoderan memang wajib pakai setiap hari!!
Aku juga bukanlah seorang yang menjaga kecantikan muka. Muka aku tulen dan asli tanpa sebarang rawatan tambahan haha~ Aku ada pencuci muka tapi pakainya sebulan 3 kali. Tue pun sebab tak mahu membazir. Member aku setiap malam pakai pencuci muka tapi muka tetap penuh jerawat haha. Sempat lagi mengutuk~

Apa yang aku jaga cuma gigi dan kuku. Kadang-kadang terlepas pandang, kuku aku pernah sekali lupa nak potong sampai pernah sekali kena tegur dengan seorang member perempuan aku~ malu woo kena tegur kuku panjang haha! Kalau dia tegur aku seorang sahaja takpe la jugak nie sampai satu dewan boleh dengar~ Untuk gigi, aku cuma pastikan selalu gosok sahaja!

Kepada lelaki di luar sana, mahu berdandan itu boleh tapi jangan jadi macam nie sudah~



Dah cukup banyak aku menulis pasal berdandan, mari tengok video blogger-blogger yang terpilih dalam Project Alpha Musim Kedua ini. Diharap banyak ilmu yang korang dapat dari sini. Aku pun tak tengok lagi. Tunggu pagi masa internet laju hehe. Saksikan Pojectalpha season 2 Episod 1, 2 dan 3. Layan~









Akhir kata dari aku,
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Ulasan

Azuan berkata…
tue la~ macam ayu je sorang3 huhuu
Aidi-Safuan berkata…
good luck kontest! dapat rm20 nanti jangan lupe banjer. :p
Ahhhhh.. Mau kate muka babyface tak perlu pnjagaan rapi laa tu.. ;p

~ psssttt.. kening jaga macam mane bang? hahahaha.. ;p
saya_arief berkata…
gmba 2nd tuh cun..haha.
Tanpa Nama berkata…
"Muka aku tulen dan asli tanpa sebarang rawatan tambahan haha"

sah babyface
Azuan berkata…
dr. farhana : kening pakai extract kelapa muda wakaka~
Tanpa Nama berkata…
gmbr second tu...dh lama x tengok gmbr cmtu.hahaha
Azuan berkata…
red: tengok le puas3 hahaa
Zida berkata…
nyampah gak kekdang laki metoseksual ni, semua mesti perfect. memang nyampah! hahhah

ps.geli dohhh gmba tu. buang buang. hahah =P