LAwak Blogger 1~ Sila Jangan Saman Aku haha!!

Salam.

Lawak 1.

Luffy sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.

Luffy : Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Luffy : Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Luffy : Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!



Lawak 2


Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Cik Tanah geram melihat suaminya Joe yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Joe.
Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" 
Joe tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada Cik Tanah.

Joe: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Cik Tanah: Ya, saya percaya.
Joe: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Cik Tanah: Sebab saya yang raba~



Lawak 3


Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Encik Dude terpandang Encik Fitri sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Encik Fitri.
Encik DUde : "Kenapa menangis?"
Encik Fitri : "Saya datang untuk ujian darah!"
Encik Dude : "Awak takut ke?"
Encik Fitri : "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"

Mendengar penjelasan Encik Fitri, Encik Dude pula menangis.
Encik Fitri : "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Encik Dude : "Saya datang ni untuk ujian air kencing!" 



Lawak 4


Dalam satu perbicaraan kes bunuh, Dr.Farhana yang mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Dr. Farhana : "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Dr. Farhana : "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Dr. Farhana : "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Dr. Farhana : "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!" 



Semua lawak ini aku amik di sini.
Nama-nama pulak semua yang terlintas di kepala hotak aku masa tue. Main taruk je haha.

Salam.

Ulasan

Siap sedia.. Surat saman menanti.. Hahaha.. ;p

~ ko bukan sakit kepale ke? dalam sakit2 pale pon boleh terlintas nama aku yek.. terharu.. haha..
devoted lily♥ berkata…
luffy mmg naifff.. hahha..
sharamli berkata…
kena kelik link2 tu tak?
hu3
Taufik Jusoh berkata…
hoho takot nak pi ujian air kencing lepas ni! whahaa~
Unknown berkata…
kahkahkahhhhhh
cte part luffy tu tipu wey tipu =P
Dee berkata…
hahaha..lawak2..
Tanpa Nama berkata…
hehehe...lawak yang last tu extreme.haha
Tanpa Nama berkata…
tepat sekali cerita pertama tu. aku nampak basikal jer berharga... betul3

ujian air kencing kena potong tutt ya? haha
mamai berkata…
ceria petang pakcik nie
Solehah berkata…
haha..mmg lawak..
zulaikhaablah berkata…
hahahaha...
lawak2...
ftrhd berkata…
erkk terkejut..baru terjah je hehe thanks sebab mention nama saya dalam tu hehe