KIsah Ibu dan TIga Anaknya~ Ingatan Kepada Orang Islam

Salam.

Entri kali ini mengisahkan seorang ibu dan tiga orang anaknya yang masih kecil. Si ibu baru pulang dari kerja, apa lagi seronok bukan main la anaknya. Melompat terkinja-kinja macam beruk dapat bunga~ sila bayangkan yea haha!!



Si ibu membawa sedikit hadiah untuk anak-anak. Bukan hadiah berjuta-juta cuma tiga jenis coklat berlainan jenis. Dibahagi antara 3 orang anaknya, yang sulung diberi yang berwarna merah. Yang Tengah dibagi coklat berwarna pink dan yang bongsu dibagi coklat bewarna biru.

Si ibu ignin berehat. Belum sempat hendak duduk, si ibu terdengar anak-anaknya bergaduh di luar. Anak Yang Tengah sudah teriak. Si ibu pergi melihat apa yang terjadi. Aduh~ si ibu terperasan yang dia telah tersilap membeli coklat yang berlainan warna dan perisa itu. Tentu sahaja anak-anaknya itu akan saling berebut. Yang sulung mahukan coklat yang tengah, yang bongsu pula mahukan coklat yang sulung. Jadi bertegkarlah ketiga-tiga mereka.

Si ibu kebingungan~ memikirkan cara untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Diminta  balik ketiga-tiga coklat itu dari semua anaknya. Diambil pisau dan setiap satunya dibahagi tiga~ YA ALLAH, sungguh cerdik si ibu kan? Sambil diberi kepada anak si ibu berpesan supaya anak-anaknya tidak bergaduh sesama sendri dan sentiasa menyokong menjaga antara satu sama lain. Semua anaknya berasa gembira kerana dapat menjamah ketiga-tiga jenis coklat walaupun bahagian sudah berkurang.

Ingatkah kamu mngenai pesanan Nabi Muhammad S.A.W :
"Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan Hari kiamat mestilah mengekalkan hubungan yang baik dengan saudaranya." (Al Bukhari dan Muslim)
Subhanaallah! sungguh besar sekali nasihat yang diberi oleh Nabi kita. Walaupun telah berkurun rasanya pesanan itu diberikan namun masih relevan sehingga ke hari ini. Pesanan yang membuatkan kami merinduimu!! Rindu untuk bertemu denganmu! Tapi layakkah aku? Layakkah kita?  


Menjaga silaturahim dengan ibu, adik-beradik dan sepupu sepapat bukanlah mudah sebab kadang kadang aku nie mudah kecik hati. Kena marah sikit terus mood down!! Konon hebat tak boleh kena marah padahal nasihat Nabi sendiri lupa. Aduh~

Macam mana yea nak eratkan hubungan dengan keluarga itu, rasanya payah sekali. keluarga aku bukannya kecik. Adik beradik kandung sahaja sudah 9 orang. Belum masuk adik beradik tiri. Belum masuk pak saudara, anak saudara, sepupu untuk dua-dua belah mak dan ayah. Penat kot~ alasan kan huhuu.

Jawapan jelas diberikan oleh Rasulullah :
Usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ianya sekadar  wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu". (Al Bukhari dan Muslim) 
Sekali lagi aku tersenyum membaca nasihat Rasulullah. Aku tersenyum kerana aku tahu dengan senyuman dapat membahagiakan orang lain terutama saudara kita yang kita amat-amat digalakkan untuk mengeratkan tali silaturrahim. Sungguh mudah sebenarnya kan? tetapi banyak alasan yang kita berikan untuk bermasam muka dan tidak bertegur sapa!!


Kepada kamu yang sanggup membaca sampai habis dan kepada diri aku sendiri. Kita semua mahukan syurga Allah tetapi hubunagn kita dengan saudara kita sendri kucar kacir. Kita yang harus memulakan langkah utama, biar siapa yang bersalah, itu kemudian kerna kita lakukan kerana Allah. Amik handset kamu, hubungi saudara-saudara kamu, amik kereta kamu, ketuk pintu rumah saudaramu.

Tidakkah kamu malu yang kamu mahukan adalah syurgaNya tetapi arahanNya kamu abaikan. Kamu buat peraturan sendri di tempat yang sebenarnya hanyalah pinjaman bagi kamu. 

semoga kita semua beroleh keberkatan.
salam.

Ulasan

myQza berkata…
setujulah.

sebab nak bina hubungan yg baik dalam keluarga selalu nampak mudah tp sebenarnya tak. pelbagai perkara menghalang.

kalau sekarang ni org sibuk nak rebut harta
cHeQgu sQema berkata…
ok. sayer rindu mak...
Unknown berkata…
salam zuan~

sgt setuju ngan komen dak tedi.. mmg sukar nak membina hubungan sesama adk berdik walaupn nmpak mudah aje.. :)

seb baik hnya 2 beradik aje.. xde ar epning sgt... :p
Tak sukar mahu jaga hubungan baik dengan adik beradik dan saudara.. Kasih sayang paling penting.. Kuasa kasih sayang mampu atasi segalanya.. Hidup ni terlalu singkat untuk dengki mendengki, bermasam muka.. :)

~ oh ye.. melompat terkinja-kinja macam mane ek pakcik? hahaha.. *perli aku eh*

P/S: Ramai saudara kamu.. Jangan risau, aku akan cuba get along dan berbaik dengan 9 orang adik beradikmu itu.. Hik hik.. ;p
helang timur berkata…
love this entry ~♥

tahniah..:)keep it up!
Tanpa Nama berkata…
bagus entri ni
banyak nasihat di dalam

ko banyak adik beradik rupanya
harap jangan ada gaduh2 ler

nak telefon adik ler... hehe
hasni berkata…
erm
entry ini bagus
ingtn untuk semua

psst:beruk dpt bunga akan terkinja2..kenapakah?
Tanpa Nama berkata…
hoh! ramainya family dia...walaupun belum cmpur sedara mara sume..huhu
Frodo Baggins berkata…
setuju entry ni ... bagus
hubungan kekeluargaan perlu erat
kurang masalah dalam msyarakat
konsep rumahku syurgaku.


phewww ~ kesimpulannya, wa sayang wa nyer famili!


((tetiba wa serius. hahaha))
Nazz@Purple berkata…
yup..sedar..nazz selalu kecik ati ngan adik beradik..:(..tak baik kan.