Jawab 'Tag' Dan Gambar Kelas Budak MRSM PDRM~ Entri 2 In 1 La Nie hehe!!

Salam.

gambar kelas budak MRSM PDRM~
Sila tengok gambar di atas. Aku amik dari Facebook member aku. Gambar kelas aku di tingkatan 5 kot. Memang kemas habis kan haha. Tempat duduk aku tiada dalam gambar! Kat sebelah kiri aku duduk, sekali dengan dua orang lagi mamat yang kurang sedikit machonya dari aku wakkaa.

Jawab TAG pula~ kena buat pasal superhero kot kalau tak salah. Aku pun dah lupa-lupa ingat benda TAG ini haha. Dia nie yang bagi. Yang disenaraikan nie semua budak sekolah aku.

The Super "Happy Thought" Man a.k.a Zakwan
Mempunyai kuasa yang mampu memberi keceriaan pada orang lain. Masih lagi berjaya menjalankan misinya. Belum pernah gagal walau sekali. Dikatakan antara yang terbaik dalam yang terbaik. Masih muda dan available. Jika mahu mengenali superhero terulung ini sila masuk ke blog beliau. The Super "Happy Thought" man akan memberi kamu seribu satu senyuman.

The Superhigh "Jumper" Girl a.k.a Zafirah
Kuasanya membolehkan beliau berada di mana-mana tempat yang diingini dengan membayangkan sahaja. Tidak perlu menyusahkan diri membeli tiket kapal terbang. Namun, kuasanya telah hilang kawalan sehingga menyebabkan beliau terpaksa menetap sementara di NZ. Superheroin ini suka bermain bungge jumping buat masa sekarang bagi menghabiskan masa lapangnya di sana haha. Kalau tak percaya sila ke blog beliau dan tengok gambar beliau di sidebar.

The "New Brand" Powerpuff Girl a.k.a Izzah
Ingin menukarkan sesuatu yang lama menjadi baru. Sila cari beliau di sini. Kuasa yang mampu mengubah semua benda kepada yang baru. Beliau baru sahaja menukar domain blog beliau dari blogspot ke domain sendiri.

The "Lost Power" Wonder Women a.k.a Mimi
Beliau telah kehilangan kuasa secara menyeluruh setelah mendapat gelaran 'women' tersebut. Mempunyai skandal dengan salah seorang ex-student sekolah tersebut haha. Jangan marah yea mimi~ Beliau masih lagi tercari-cari punca kuasanya hilang. Mungkin disebabkan beliau telah berpindah ke tempat baru yang tiada bau busuk tersebut. Sila tengok blog beliau di sini. Anda berpeluang melihat beliau berjoget sakan haha.

Dah cukup 4 orang!! Ini senarai member sekolah aku yang lain. Sila melawat yea haha. Owh lupa yang aku nie malas nak listkan semua. Jadi, sila ke blog cik mimi (link kat atas!) dan sila ke bahagian bloglist yang bertajuk Dearies~ Macam ada je yang rajen nak pergi tengok. Aku selalu pergi situ wakkaa~

Bila tulis nie teringat pulak dekat Maktab~ Cikgu-cikgu semua. Member-member semua. Bila la boleh jumpa balik ekekee. Zaman sekolah nie memang terbaik!!!

p/s : sori yea kepada sape-sape yang aku tak listkan tue~ mata dah tertutup nie hahaa. Nie pun maen taip je lelaju wakaka.

p/s : bloglist untuk pengikut-pengikut blog ini hilang~ aduyai malas nak buat baru ekeke. Tengok la kalau rajen nanti huhuu.

Salam.



Ulasan

Beza MRSM lain dengan MRSM PDRM? :)
hahahaha..
tq ea azuan..aq bkn hero la..just want to put smile in people face..hope the can (^_^) tHiNk HaPpY tHoUgHts ®
Anisa berkata…
ohoo budak MRSM rupenyee
widda_me berkata…
fine.....
ko tak tulis nama aku....
fine....
fineeee
IzzahFarhana berkata…
hahaha sejak bila ak jd powerpuff gal ni?keh3.
hahaha hasma merajuk dah.ayokkk
mimi mimi berkata…
hahaha
kelas yg amat bersepah kecuali hari rabu (sbb ak bertugas..=P)
rindu gila kat 5 elit 1...huuu
ade aircond lg..
rindu kt pdrm gak..hehe

haha nnt rajen ak uat