(Gambar) Datuk Siti Dengan Laptop!! Aziz M. Osman Dengan Tunang~ Rewind Kisah Aku Kenal Diorang!! Bajet Macam Kenal haha!!

Salam.

Amaran Awal : Entri takde kena mengena dengan Datuk Siti atau Aziz M Osman, semua pasal aku haha.

Sambil dengar lagu wonderful toninght dari Eric Clapton sambil buat entri.

Tadi sudah habiskan second last paper! Cuma tinggal satu sahaja lagi. Hari Khamis ini. Subjek geologi jadi tak berapa risau sangat! Semangat nak study sentiasa ada untuk geologi. Masalah cuma timbul bila nak study subjek3 sampingan yang dirasakan sangat3 tak best huhuu~


Datuk Siti Tengah Layan Gosip Diri Sendiri.
Agak-agak laptop apa Datuk Siti pakai?? 
Tetiba ada gambar Datuk Siti? Sesiapa yang tak kenal beliau, sila luku kepala sendiri hehe.

Rewind balik~ Dulu first dengar nama Siti masa aku darjah satu kot. Lagu cindai, tue pun sebab akak aku minat giler dengan Datuk Siti nie. Apa ntah lagu yang menang juara lagu masa tue. Aku mana la layan AJL, aku baru darjah satu ke darjah dua masa tue. Masa tue main dalam hutan je kerja. Tangkap burung, panjat pokok, mandi sungai~ Owh aku sangat aktif masa kecik. Mungkin sebab tue sekarang kena badi, kerja duk depan laptop je 24 jam wakaka.

Ingat lagi kakak aku nyanyi lagu Cindai sambil mandi air perigi haha~ dulu rumah aku pakai air perigi yea. Oleh sebab akak aku dah nyanyi selalu, aku pun terikut hafal lagu cindai nie, mungkin nie lagu pes yang aku hafal lirik dan tahu penyanyinya siapa. Hebat kan penangan Datuk Siti nie...

Ok. Lagu tadi dah abes. Keluar pulak lagu sahabat dari Aizat.

gambar pertungan aziz m osman~
Tetiba ada gamabr Aziz m Osman pulak? Yang nie kalau ada yang tak kenal, sila cubit sikit paha tue hehe.

Yang nie pun kita rewind balik~ Aku suka cerita arahan mamat nie masa aku tengok XX RAY 2. Masa tue la tengok cam hebat je, bila tengok balik sekarang mesti rasa cam hampeh je wakaka. Aku tengok first citer nie kalau tak silap masa tayangan hari raya ketiga kot. Aku bila raya jarang berjalan, duduk rumah je selalu. Jadi TV dan kacang memang santapan aku masa nie. Dulu-dulu mana ada nak beli CD atau Download kat internet atau pergi tengok wayang~ Terengganu mana ada wayang hehe. Jadi masa raya nie la banyak cerita yang nak tengoknya haha.

Itu le sedikit sebanyak camne mana aku kenal dua orang artis ini. Tak pernah lagi jumpa~ Aku layan hasil seni korang aje lah wakaka.

p/s : lagu dah habis~ kena stop la tue maknanya wakaka.
Salam.

Ulasan

Gelak guling-guling baca.. *bukan terkinja-kinja*

~ Lawak giler AD ni.. =p
Ibu Ammar berkata…
sapa minah yg dgn laptop tu. tak kenal.tak kenal.:p
Unknown berkata…
salam zuan~

hehehe... entry nie santai btl bila di baca... :p
intanurulfateha berkata…
.uhh cntik tunang aziz m osmn tuh!
Tanpa Nama berkata…
aku kenal siti sebab dia junior aku
aziz m osman senior aku

kami dulu geng PECAH RUMAH


Entri terbaru:
BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN