Extension Untuk Blogger~ Yang Pernah dan Sedang Aku Gunakan!!

Salam.

Extension bukan sesuatu yag payah untuk dipelajari tapi mudah lagi dari belajar memetik jari hingga berbunyi. Extension ada pelbagai jenis bagi memudahkan urusan internet korang, dan untuk memudahkan korang mengendalikan blog jugak ada. Ini antara extension yang aku pernah dan sedang pakai bagi memudahkan aku dalam berblog!!

Extension "Blog This" :

Ini merupakan extension yang dibuat oleh pak cik google untuk memudahkan berblog tanpa masuk ke bahagian posting ini. Bila ada sesuatu artikel yang menarik perhatian korang, tekan je butang 'Blog This' ini, akan keluar satu pop-up kecil dan di situ korang boleh menulis apa yang korang mahukan. Aku dah try tapi ada 'sesuatu' yang membuatkan aku terasa tak best masa menulis, maka aku dengan hormatnya membuang extension ini.

Bacaan lanjut 

Extension 'Google Mail Checker'

Ini untuk memastikan emel yang masuk ke akaun gmail aku. Memang ini amat memudahkan aku yang setiap hari kena buka emel untuk tengok maklumat terkini terutama update dari nuffnang. Ini mungkin extension paling lama bertahan dengan aku~ yang selalu sangat tukar bila aku rasa ada yang lagi best dari yang aku tengah guna haha.


Google Reader Notifier

Bagi aku yang suka membaca blog orang, ini memang wajib ada dan aku baru je pasang. Setakat ini amat berpuas hati dengan yang ini kerana sentiasa digunakan bagi melihat update-update terkini blogger lain. Memang best dan mantap la extension yang nie.


Extension 'Chromed Bird'

Chromed Bird baru je install dan rasanya akan terus pakai sebab memudahkan aku untuk ber'tweet'. klik saja extension ini, aku dapat post benda baru di twitter selain ada perkhidmatan memendekkan URL. Memang mantap habis~ twitter pun aku belum arif sepenuhnya. Sikit-sikit tue boleh r haha.


Cukup sedikit ilmu dari aku untuk korang hari ini. Aku pun tengah belajar lagi nie haha. Kebanyakkan extension untuk google chrome sebab aku dah tak pakai mozilla. Chrome dan Mozilla? Akhirnya aku membuat pilihan untuk gugurkan salah satu dan aku pilih untuk gugurkan Musang Berapi.

Semoga kamu berjaya memilih apa yang terbaik untuk diri kamu.

p/s : Entri ini ditulis dalam masa yang singkat dan aku tak baca balik. Kalau bahasa terabur tue paham-pahamkan sendiri aje lah haha.

Salam.

Ulasan

myQza berkata…
x tau pasal ni. kena study lagi pasal ni. TQ
Tanpa Nama berkata…
tiba2 terkejut baca entri ilmiah pagi2 ni. hehe
Tanpa Nama berkata…
ada dua tiga dah aku try
tp aku jarang pakai





Entri Terbaru
BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN
Unknown berkata…
salam zuan~

thanx eik... :)
terasa nak men-try bnda alah itu... :p
Ooo.. Ko pakai chrome ye?

~ ttibe soklan takde kene mngena.. huhu..
tahniah anda telah ditag oleh saya..(^_^)

KLIK SINI