Kenali Pembohong!!!


Salam.

Pernah korang jumpa kaki bohong melampau yang sampai satu tahap korang rasa nak pijak-pjak je muka si pembohong. Memang semua orang pernah berbohong tapi janganlah sampai semua orang sekeliling labelkan diri korang sebagai pembohong terlaknat.

Dulu, di matrik aku ada seorang budak yang suka sangat menipu, sampai aku yang tak berapa rapat sangat dengan dia pun termasuk sekali dalam penipuan dia yang tak berasas langsung tue. Aku harap dia dah insaf dah sekarang sebab di matrix dulu, dia pernah sekali kena pukul dengan orang-orang yang dia tipu.

Orang kata ada cara nak tahu kalau seseorng tu berbohong;

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Atau mungkin orang tersebut sebenarnya adalah Pinocchio atau dia mengalami resdung!!

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Atau mungkin orang itu lupa untuk memberus gigi atau baru lepas makan budu dan sebagainya yang menyebabkan mulutnya berbau longkang!!


Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Atau mungkin orang tersebut sedang sakit perut atau sedang menahan kentut!!
…………
Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.
Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh jadi palsu.

So, rasa-rasa adakah kamu kaki bohong...

Ulasan

joegrimjow berkata…
khabar angin
cam cam ada

apsal pelik smacam je blog ni
??
hehe
Admin berkata…
menarik....

maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/
cik husna berkata…
eh..mcm dh baru ;)
green berkata…
siyes..mcm tak perasan ruang komen blog ni..

siakap senohng gelama ikan duri..
sambung2..

tak ada faedahnya nak tipu org...
helang timur berkata…
lama x nampak! huhu

bagus. menipu tak baik utk kesihatan. :)
hasni berkata…
huhu
best agKNYA MENipu org kan
Tanpa Nama berkata…
x pernah la nk membohong orang sebab nak kenakan orang.. kalau membohong sebab nak selamatkan keadaan, pernah ler... :D
CITY® berkata…
salam azuan,

benci org suka bohong
x suka org yg menipu
pang!!!!!!!!

heeeeeee
lama x masuk sini
rindu la
tq singgah umah
walao biru terbang jauh
haaaaaa
Pakcik.. Betul ke weh psal pinocchio tu??? Waaaa.. Kalau betul mst takde orang nk membohong.. Heehee.. ;p
MR.Z berkata…
memang ada rasa pn nak kenakan pembohong ni, kadang2 dengar apa dia tipu ,sakit hati gak la..

entry baru :
http://bit.ly/dxiTUZ
Tanpa Nama berkata…
tengah pakai kain pelekat lagi ke


haha

saya tak pandai gile nak tipu

kalau tipu mesti muka kantoi gila

haha
Tanpa Nama berkata…
kalau normal memang mcm tu camana? haha
aNoZ berkata…
aku pandai tipu la ni kira. walaupun aku tipu, tanda2 tu x de. ahha
Qib berkata…
aku tipu sunat pun xda la kena simpotom ni..
hehe..
\pro agaknye