Blogwalking : Naikkan Trafik Blog

Salam

Sudah seminggu aku tak tulis apa-apa kat sini. Dua entri sebelum ini iaitu entri ini dan ini adalah hasil kecanggihan teknologi dipanggil autopublish huhu. Kalau zaman dahulu mungkin aku telah dituduh memiliki ilmu hitam tetapi pada zaman sekarang semuanya sudah menjadi perkara biasa. Lagi pelik! Lagi Magik! Lagi la manusia suka.

Oleh sebab itu, aktiviti blogwalking dan komen di blog orang lain juga tiada. Jadi, di pagi sabtu yang permai dan indah ini haha, aku akan cuba la pergi ke blog yang telah menyinggah di blog ini. Kenyataannya, aku tak suka mana blogwalking sebab banyak mengambil masa aku, mungkin sebab cara aku yang salah. Bila aku masuk satu blog, aku baca entri dengan komen sekali. Mana mana komen yang best akan aku baca pulak blog orang yang memberi komen yang best tue, jadi benda nie berterusan sampai la akhirnya tak semua blog yang masuk blog jangan-bukak nie dapat aku lawat balik huhu.

Kalau dalam sehari berapa blog yang korang pergi baca?

membaca jambatan ilmu...
sumber : sini

Sebab selalunya aku terbaca yang ada blogger melawat hampir 100++ blog sehari. Aku memang respect la!! Sebab aku tak mampu nak buat haha. Aku dalam 20-30 blog je sehari, itu pun kalau rajin. Dan selalunya cuma blog yang komen kat blog aku ni je yang aku lawat haha.

Apapun, blogwalking memang satu inisiatif terbaik dalam menaikkan trafik blog sebab hanya dengan blogwalking sahaja korang dapat memulakan salam perkenalan. Jadi kepada sesiapa yang blogwalking ini, selalulah tinggalkan jejak korang tidak kira dengan cara mengomen atau mencarut di shoutbox atau jadi followers.

Komen amat penting sebenarnya dalam menambah keseronokan berblog. Sebab komen ini yang membuatkan korang tersenyum seorang diri bagai orang gila di depan desktop korang. Komen juga menambah semangat korang untuk terus menghasilkan entri-entri yang bagus dan berkualiti woha!

Lagi satu, mungkin nie benda lama tetapi selalu orang ingatkan mengenai ’word verification’. Kalau boleh ’no’ akan je la. Tapi aku tetap akan komen dengan atau tanpa word verification haha.

p/s : mau tanya…blog aku nie ada word verificatioan tak wakaka

Ulasan

aNoZ berkata…
blog ni x de word verification.. penat kalo ade. hhee
Unknown berkata…
ehhh betul betul komen itu penting gak ar sebagai penaik semangat eh tapi jangan naik semangat sampai amok sudah ar hehe.
jangan letak word verification~


aku malas menaip~

hahaha~
pudding pie berkata…
aku memang menyampah kalo ada w.verify ni..
melambatkan blogwalking jek
hehehhe

seb bek blog ko takde..
Unknown berkata…
ooo..
bru tau org xska bnde 2..
skrg jgk buang..
hahaha..
Tanpa Nama berkata…
heheh...tak check ke setting komen??huhu. kite x letak pun verification tu.leceh plak.. huhu

apsal dh lama xde? bz apakah?
Ibu Ammar berkata…
skang aku mmg malas blogwalking. banyak kerja. paling banyak 20 blog sehari. itupun tak semua aku leave komen. haha
hisham berkata…
wei...aku pun cm no gak 20-30 je..dulu rajin gak lebih dari tu skang dh tua la bro....x larat dh..ape2pn aku suke entri2 ko...keep it up.
hans berkata…
blog ko tak ada komen verification tu..
aku dlu pun diorang suruh letak NO..
aku tak tahu pun tapi skrg dah tahu..haha

aku kadang2 ada 100 blog juga aku lawat...
itu pun waktu dkt umah
sebab streamyx laju
hahaha
devoted lily♥ berkata…
tu la..
aku nyampah nauu klu ade verification sume tuh..
lemauuuu..
Lama weh tak nampak ko adik azuan.. Heehee.. Aku skang pon dah merundum sket nafsu pada blog.. Huhu.. Sehari blogwalking pon tak banyak.. Hmmmm..

Ade lak tny word verification.. Ahaks.. Takde2.. no worries..
skarang da jarang bc blog, huu
bile ada masa cam gini la baru bole nk singgah2, tu pun yg mn follow je, hee da gaya org sombong pula ;p
joegrimjow berkata…
seb bek xde
hehe

blogwalking ni amat menyukai chatbox
seb bek ku nye xde chatbox

kadang2 kene hargai mereke yg blogwalking ni
;)
n@iem88 berkata…
joe jawab teka teki ahad dalam diri aku ari nie di komen diatas. blog die mmg xder chatbox. tgk awek nie ngaja aku tgglkan komen di pagi ahad nie, besenyer aku mmg singgah n go jerw.tapi kali nie terbuka pintu hati nak tgglkan jejak kaki kotor yg x basuh nie di laman umah,eh silap laman blog