Pilihanraya kampus datang lagi. Baru baru ini adalah hari penamaan calon. Tiga orang member aku masuk bertanding, seorang satu kursus dengan aku seorang lagi budak kejuruteraan dan seorang lagi satu kolej dengan aku. Aku macam biasa memang tak amik 'port' dalam hal-hal begini. Aku cuma tengok poster sahaja yang aku rasakan akan mencemarkan keadaan UKM untuk beberapa hari lagi terutama selepas tamatnya pilihanraya. Harap yang menang, rajin untuk kutip balik poster korang.
Pilihanraya kampus kembali, GMUKM memang semangat nak rampas balik kerusi mereka dan PMUKM sibuk untuk mempertahankan kerusi mereka. Esok hari pengundian! Aku entah pergi atau tidak. Masa tahun satu aku dipaksarelakan dengan Penilaian SPKG di mana aku tak tahu apa kegunaan SPKG tersebut, jadi aku pergi. Tapi tahun ni aku masih tidak pasti. Kelasku penuh esok, itu pasti. Korang nak gunakan SPKG atas aku, jangan harap! permintaan anda tidak dapat dipenuhi huhu.
Bila pilihanraya datang, sesi berkempen dengan bermacam-macam cara dan ragam dapat dilihat. Sebahagian besar sudah ada penyokong tersendiri contohnya petang tadi dalam jam 4.00 petang, ketika aku naik bas untuk balik ke kolej, sebahagian besar penyokong bekumpul di tepi jalan dan mengibarkan 'banner' persatuan yang disokong. Begitu juga pada waktu 6.oo petang tadi, begitu ramai budak berkonvo dengan pelbagai jenis motor sambil membawa 'pelanduk' persatuan masing-masing. Aku layan saja sebab perkara seperti ini hanya berlaku setahun sekali sahaja.
Walau hanya pilihanraya kampus, banyak juga perkara 'sabotage' yang aku dengar, bukannya aku berminat tapi bila ada orang bercerita, pasti ada yang mendengar hoho. Banner kena tanggal! Pak Guard halau masa berkempen!, budak tahun satu diwajibkan sokong pihak tertentu! dan bermacam macam lagi ragam dan cerita masa berkempen. Jadi diharapkan tamat sahaja pilihanraya, jangan ada rasa marah dan kecewa sehingga menjejaskan tujuan utama masuk universiti iaitu untuk menuntut ilmu.
Pilihanraya memang sesuatu yang menyibukkan walaupun kepada orang yang tak terlibat seperti aku. Diharap pada yang menang, jalankan tanggungjawab. Pada yang kalah, usaha lagi!!
Selamat mengundi dan salam.
Ulasan
kan geology nak wat recycle. hahaha
Everything Beautiful
tak penah nak join pon~
semak je~
hehhehe
haha