Pilihan Raya Kampus UKM

Salam.

semoga berjaya kepada yang bertanding..



Pilihanraya kampus datang lagi. Baru baru ini adalah hari penamaan calon. Tiga orang member aku masuk bertanding, seorang satu kursus dengan aku seorang lagi budak kejuruteraan dan seorang lagi satu kolej dengan aku. Aku macam biasa memang tak amik 'port' dalam hal-hal begini. Aku cuma tengok poster sahaja yang aku rasakan akan mencemarkan keadaan UKM untuk beberapa hari lagi terutama selepas tamatnya pilihanraya. Harap yang menang, rajin untuk kutip balik poster korang.

Pilihanraya kampus kembali, GMUKM memang semangat nak rampas balik kerusi mereka dan PMUKM sibuk untuk mempertahankan kerusi mereka. Esok hari pengundian! Aku entah pergi atau tidak. Masa tahun satu aku dipaksarelakan dengan Penilaian SPKG di mana aku tak tahu apa kegunaan SPKG tersebut, jadi aku pergi. Tapi tahun ni aku masih tidak pasti. Kelasku penuh esok, itu pasti. Korang nak gunakan SPKG atas aku, jangan harap! permintaan anda tidak dapat dipenuhi huhu.

Bila pilihanraya datang, sesi berkempen dengan bermacam-macam cara dan ragam dapat dilihat. Sebahagian besar sudah ada penyokong tersendiri contohnya petang tadi dalam jam 4.00 petang, ketika aku naik bas untuk balik ke kolej, sebahagian besar penyokong bekumpul di tepi jalan dan mengibarkan 'banner' persatuan yang disokong. Begitu juga pada waktu 6.oo petang tadi, begitu ramai budak berkonvo dengan pelbagai jenis motor sambil membawa 'pelanduk' persatuan masing-masing. Aku layan saja sebab perkara seperti ini hanya berlaku setahun sekali sahaja.

Walau hanya pilihanraya kampus, banyak juga perkara 'sabotage' yang aku dengar, bukannya aku berminat tapi bila ada orang bercerita, pasti ada yang mendengar hoho. Banner kena tanggal! Pak Guard halau masa berkempen!, budak tahun satu diwajibkan sokong pihak tertentu! dan bermacam macam lagi ragam dan cerita masa berkempen. Jadi diharapkan tamat sahaja pilihanraya, jangan ada rasa marah dan kecewa sehingga menjejaskan tujuan utama masuk universiti iaitu untuk menuntut ilmu.

Pilihanraya memang sesuatu yang menyibukkan walaupun kepada orang yang tak terlibat seperti aku. Diharap pada yang menang, jalankan tanggungjawab. Pada yang kalah, usaha lagi!!

Selamat mengundi dan salam.

Ulasan

Encik azuan.. Aku tak penah pon merase mende2 ni sume.. Huhu.. Sbb kolej aku kecik jek.. Takde laa pncemaran alam dn juga sabotage ni seme.. Ngee..
Anisa berkata…
selamt mengundi warga ukm
green berkata…
heyy, entry kat blog kita sama laa..haha..musim..
Unknown berkata…
ala xyah. ko kutip je kertas tu.
kan geology nak wat recycle. hahaha
sharamli berkata…
ku ngn green nk g ngundi es0k
abigemok berkata…
hahaha... musim skrg ni... tpt aku hari ni buang undi.. :D

Everything Beautiful
Tanpa Nama berkata…
Pilihan raya kat kampus kami kurang meriah , semua undi main henam jer.
baincardin berkata…
Good luck for everything!!!~ ^_^
Tanpa Nama berkata…
undi lah yer..!
minTanG_teLip2 berkata…
jGn LupE vOte saYe! . .hAhAahA~
mamai berkata…
pakcik dari dulu tak suka pilihanraya kampus nie tak bawa apa faedah
hasni berkata…
dah mngundi blom??
Tanpa Nama berkata…
tak suka pilihanraya~
tak penah nak join pon~
semak je~
pudding pie berkata…
pilihan raya kampus aku rilek jek
hehhehe
ILA HonEyBuNNy berkata…
undi jgn xundi...ila ngundi dh sblm cuti ritu...hiihi
Tanpa Nama berkata…
aku pun tak tau apa peranan yg menang tu

haha