Salam.
Entri pertama untuk tahun 2010. Yahoo!! cuti dua hari, bolehla aku menghadap laptop tanpa henti 48jam haha. Selalunya masa aku banyak dihabiskan dengan main game dan tengok citer. Jarang sangat sebenarnya aku bukak blog atau internet ni sebab lembap. Bila tenet lembap, semangat aku pun turut lembap. Bila time3 laju je baru aku mula menaip dengan kelajuan paling maksimum.
Ada berita gempar hari ini untuk semua penduduk di Malaysia iaitu harga gula dah naik sebanyak 20 sen. Ini baru permulaan, lepas ni banyak lagilah barang yang akan naik harga sebab kenaikkan harga gula ni. Gula memang banyak kegunaan lebih lebih lagi dalam pembuatan kuih, air dan lain lain yang sama waktu dengannya.
Gula ni lebih sinonim dengan negeri Kelantan Darul Naim sebab makanan kat situ memang kebnayakkan manis dan manis manis belaka. mungkin sebab itu orang perempuan kelantan semua manis manis. Sedap mata memandang haha!! Kalau tak percaya tengok je Mak aku. Orang kelantan sejati, umur dah 50++, masih ramai orang yang ajak mak aku kahwin tapi mak aku buat tak layan je Sebab utama anak-anak tak bagi tapi aku kasik green light je!!
Gula naik harga..Ada aku kisah?? Yep! Aku amat mengambil berat tentang hal ini sebab duit elaun aku tak masuk lagi dan aku masih ketiadaan wang untuk berbelanja sakan. Korang bayangkan student life macam aku yang tidak bergaji, buat masa sekarang sehari makan rm10. Kalau semua harga barang naik sebab harga gula naik, sehari aku gunakan rm15. Ini bermakna sebulan dalam rm500++ aku gunakan untuk makan sahaja. Belum masuk kertas conteng, pen yang asyik hilang dan banyak lagi barang-barang yang tidak berfaedah yang perlu aku beli.
Kesimpulannya, elaun aku masuk le cepat3 sebab aku dah nazak dah sekarang nie. Atau korang semua boleh tolong aku dengan meng'klik' pada iklan nuffnang aku supaya duitnya meningkat dengan banyaknya haha.
p/s : panjang entri nie sebab aku amat3 tak busy haha. Start hari isnin ni aku busy balik kot. Sape kate student u ni rilek je mungkin kot kalau korang tak amik kos sains. Lagi3 budak pendidikan, siap dapat cuti lagi hari rabu huhu.
Salam.
Ulasan
elaun tak masuk lg?
sabar la yepp..
nnti2 die masuk la..
make sure jgn boros tauu
azuan kan budak pandai!
:)
aku dah klik DiGi, meh klik nuff aku plak..=p
sape kata bdk sastera x sbuk mcm bdk sains..sbuk kami x de la dok dlm lab memanjang..kalo awk rse kami x sbuk, meh dok dlm course kami try tgk sbuk x sbuk...
hoho..nape JPA x msuk lg..mmg sehari kena mkn rm10..huhuu
Gula aku mmg tak bnyk sgt sbb dah cukup manis dah kot snyuman aku ni.. Wawawa.. Tapi bab awek Kelantan tu aku sokong, depa mmg cun.. Auwww.. I jeles okey.. ;p
duit x masuk lagik? sabor je lah... aku pon dok sengkek gak nih.. hehehehee
sile btabah ye elaun x msuk lg ngeh ngeh~
sape kata budak pendidikan relak je?
haha
byk stok gule kat umah
=P
xD