Poster, Sinopsis dan Trailer Filem Hanyut 2016

[Trailer filem Hanyut 2016

Harap-harap tiada lagi tundaan untuk filem yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2012 ini. Filem Hanyut ditunda atas sebab-sebab yang tidak diketahui sehinggalah diumumkan ianya akan disiarkan pada 24 November tahun ini.

Filem Hanyut merupakan filem arahan dan hasil tulisan U-Wei Bin Haji Saari dan diterbitkan oleh Julia Fraser. Filem ini adalah berdasarkan sebuah novel karya Joseph Conrad yang bertajuk Almayer's Folly. Filem ini dihasilkan oleh syarikat Tanah Licin Production.

Filem Hanyut dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti  Peter O'Brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adi Putra, Diana Danielle, Alex Komang, Sabri Yunus, Bront Palarae, El Manik, James Corley, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rahayu Saraswati dan Fergus Reese. 

hanyut movie u-wei
Poster filem Hanyut 2016

 Sinopsis Filem Hanyut 2016

[English Version]
Almayer is a lone Dutch trader grubbing to survive in colonial Malaysia. He sends his 10-year-old daughter Nina to Singapore to be educated as a Westerner, much to the distress of her mother, Mem, a local woman of Betawi origin. The couple stop speaking to each other as a result.

When Nina returns as a beautiful woman ten years later, she finds the family home and business in dire straits because of Almayer's obsession with finding gold in the mountains. Her return rekindles interest in the Almayer household, bringing in new business that allows Almayer to build a lavish new house in his compound.Nina's presence attracts a number of suitors, including the nephew of a prominent Arab who asks for Nina’s hand in marriage. Almayer rejects the proposal, however, igniting an animosity between the traders that helps lead to Almayer's later downfall. 

Almayer guards Nina as he sees her as an important part of his unrealistic dreams. He believes her beauty, combined with the gold he expects to unearth, will help him build a trading empire and fulfill his fantasy of a glorious future back in Europe, a world he has never seen.

[Bahasa Melayu Version]
Berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer [Peter O`Brien], seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya berusia 10 tahun Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disukai oleh ibunya Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawi. Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya [Diana Danielle] terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola [Adi Putra].

Update Karektor Poster Filem Hanyut

adi putra din mardola
Adi Putra sebagai Dain Mardola
 
sofia jane mem
Sofia Jane sebagai Mem
diana danielle nina
Diana Danielle sebagai Nina

Ulasan