Tutorial Naikkan Trafik : Tinggalkan Link Pada Widget Followers Di Blog Lain

Salam.

Sudah lama rasa tak tulis tutorial. Kali ni bagi tutorial yang sangat mudah terutama bagi kaki blogwalking. Kalau masuk dalam sesuatu blog tu, semestinya kita akan cuba tinggalkan jejak di blog itu. Lainlah kalau korang ni seorang silent reader di mana korang baca senyap-senyap dan keluar pun dengan senyap-senyap. Aku pulak bukan jenis silent reader, masuk blog orang, aku akan komen jugak walau sepatah dua, sekadar meluahkan pandangan yang ada dalam kepola otak aku yang saiznya tak sampai sebesar penumpuk pun. ekeke.



Cara-cara nak tinggalkan jejak pulak pelbagai, kalau aku tentulah komen selain menjadi followers dan aku jarang sekali tinggalkan jejak di Shoutbox sebab blog aku sendiri tak ada shoutbox dan aku tak suka kotak shoutbox tersebut. hihi. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Tak gitu??

Tutorial kali ni nak suruh korang tinggalkan link bila korang follow sesuatu blog tu. Bukan apa. Dah ramai sangat followers yang tak tinggalkan link diorang kat blog aku ni, jadi susahlah aku nak pergi jenguk blog korang balik.

Contoh blog yang tiada link ; kredit to Arazakiah


Ini pulak link yang aku maksudkan ;


Jadi, tutorial kali nie akan tunjuk cara korang nak masukkan link blog dalam profile followers korang, tapi kebanyakkan dah ada. Check la sendiri yea. hoho.

1. Masukla mana-mana blog dan tekan 'follow' tu, kemudian korang akan nampak page macam nie. Klik 'more option' ;


2. Klik pulak 'edit blogger profile'. Kredit to mekchu sana sini.


3. Klik pulak 'select blog to display' dan kemudian pilihlah mana-mana blog yang korang nak display. Akhir sekali 'save setting' dan tengoklah hasilnya.




Jadi, lepas ni pastikan yang korang dah letak link sebelum follow mana-mana blog. Ini memudahkan owner blog macam aku untuk melawat balik blog korang. Mana tahu ada jodoh. ekeke.

Salam.

Ulasan

Dee berkata…
oh setting dorang rupanya..dulu pelik gak bila klik follower tp xde link..tu yg susah nk gi terjah..
Arizakiah berkata…
Azuaaaaaaaan!!!!!!!!malunya mummy...
Mummy ni macam budak baru nak bertatih dengan blog......banyak lagi tak tau....
Tapi sekarang dah tau sikit....
Btw Time kasih.....
piNky LuCiA berkata…
wah,.. ade jodoh saje.. hehehe
al-lavendari berkata…
saya pun mengalami masalah yang sama dengan follower yang tidak ada link dan tak tinggalkan jejak.

tutorial ini sangat berguna buat mereka.
Frodo Baggins berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azzey berkata…
Betul tu. klu x de link susah kita nak jenguk @ follow blog tu.....:)
Enh Ear berkata…
menarik.. tq sebab berkongi informasi yg berguna ni
afiqah berkata…
thanks for the info. dah klik nuff.
haha. klik mine back.
Admin berkata…
yalah,ramai juga yg follow aku takde link,jadi aku tak dpt follow balik.
Tanpa Nama berkata…
salam, saya "Blog This" di blog saya ea.. :)
Tanpa Nama berkata…
Ijin Berkunjung gan, ditunggu Kunjungan baliknya
Also see my web site :: Jasa Seo