Salam Maal Hijrah!!

Salam.

Tengah kebuntuan idea untuk buat poster Kejohanan Futsal yang akan dilansungkan di UKM bulan satu ni. Baru buat separuh!!


Maal Hijrah cuma sekali setahun tapi bila difikirkan aku macam tak ambil pusing pun pasal benda nie tiap-tiap tahun. Cuma baca doa awal dan akhir tahun tanpa sebarang pengisian atau keinsafan. Dosa tetap aku buat jugak. Cuma time awal-awal tu ada la azam nak berubah tapi tue macam azam tahun baru je la, lama-lama lupa balik.

Jahil sangat aku ni tentang ilmu agama, kalau yang sikit-sikit tu boleh la. Rukun iman dan Islam tue memang aku tahu tapi nak amalkan tue yang kadang kadang terlepas pandang la jugak. Subuh gajah macam dah jadi perkara rutin waktu pagi. Walau aku nie tak jahat tapi aku jahil bab hukum dalam Islam ni.

Harap tahun baru nie, bagi aku satu keinsafan, satu perubahan ke arah yang lebih positif. Aku nak cari ilmu yang lebih lagi pasal Islam. Sama sama kita berusaha untuk jadi lebih baik. Kan bagus kalau hari ini aku lebih baik dari semalam. Mungkin dalam sesetangah ye, tapi dalam sesetengah perkara lain tidak!

notakaki : Mau tengok bola!

Salam.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

rizputra7 berkata…
aku pon lebih kurang sama ngan ko bro...mula2 jer bersemangat..apa2 pon kita doakan yang terbaik utk tahun baru nie...amin....

p/s : huhu tak dapat tgk bola....
NFA berkata…
salam maal hijrah juga.
;)
myQza berkata…
salam maal hijrah!
zhrhtoodem berkata…
salam maal hijrah juga!

malaysia menang!!!
chokio_nia berkata…
smoge berjaya lah ko dalami ilmu islam..=)

weh..ko stadi UKM??skali pena jumpe kat pasar mlm bangi seken 16..
sharamli berkata…
0k..untuk ta0n ni..sebel0m wat azam2 lain..

azam yg paling-paling-paling-paling penting..

berazam supaya semua azam2 dapat dilaksanakan bukan setakat awal2 ta0n ni je..

salam maal hijrah
AzuanBudakPandai.. Salam Maal Hijrah gak wat ko ek.. Hope hari esok lebih better dari hari2 yg sebelumnya.. ;)