Drama Duda Pujaan Dara [2017]

 
'Table Read' untuk drama Duda Pujaan Dara.


Drama Duda Pujaan Dara merupakan drama terbitan Suhan Movies & Trading di bawah arahan Jamal Khan yang bakal menggandingkan Kamal Adli dan Zahirah Mcwilson sebagai pelakon utama. Drama Duda Pujaan Dara ini bakal ditayangkan di slot megadrama Astro Ria.

Profil Drama Duda Pujaan Dara Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Jamal Khan
Skrip : Rehal Nuharis
Idea Asal : Novel Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra
Penerbit : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Kamal Adli, Zahirah Mcwilson, Syafiq Nazri dan Rania Ezzudin
Episod : -
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh Tayang : 4 September 2017 [belum pasti]

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara Astro

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Ulasan