Filem Hijabsta Ballet [2017]

poster filem hijabsta ballet
Poster Filem Hijabsta Ballet

Filem Hijabsta Ballet bakal ditayangkan pada 3 Ogos 2017. Daripada trailer, filem ini nampak menarik apabila menunjukkan satu isu yang penting dan lari dari norma klise filem melayu. Filem ini juga menggunakan pelakon yang berpengalaman seperti Betty Benafe dan Aman Graseka serta memperkenal pelakon baharu sebagai watak utama iaitu Puteh Maimun Zahrah.

Profil Filem Hijabsta Ballet 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama / Muzikal
Pengarah : Syed Zul Tojo
Penulis :
Pelakon : Puteh Maimum Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Danny Syaz, Rachel Tabithanya, Alif Azeman dan Aida Khalida.
Tarikh Tayang : 3 Ogos 2017

Trailer Filem Hijabsta Ballet 2017



Sinopsis Filem Hijabsta Ballet 2017

Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibu dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi ballet ternama Rusia tetapi tiba-tiba membuat keputusan berhijab. Ibu tak boleh larang, tapi hatinya remuk, patah. Harapan yang sebelum ini dihidupkan oleh anak hancur bagai kaca yang berderai. 

Adele cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menutup pintu, agamawan mendesak dan ekstrimis mengancam.

Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama.

Lagu Tema Filem Hijabsta Ballet 2017


Ulasan