Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku [2017]

pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku [2017]
Para Pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku adalah satu lagi drama adaptasi novel, kali ini novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Drama ini diarahkan oleh Zul Huzaimi dan skrip olahan Mufid dan Nextscene Team. Teraju utama drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku dipegang oleh Raja Afiq dan Puteri Aishah.

Profil Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zul Huzaimy
Skrip : Mufid and Nextscene Team
Idea Asal : Novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat
Studio : A Aida Production
Pelakon : Raja Afiq, Puteri Aishah, Shahriza Mahmud, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Dozz Harith, Jaja Iliyes dan Ariff Aziz.
Episod : 32 Episod
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayang : Ogos 2017

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3

- Dari novel Mr Hot Guy

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Gambar Pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3 

raja afiq
Raja Afiq

raja afiq
Raja Afiq 2#

raja afiq puteri aishah
Puteri Aishah dan Raja Afiq
ariff aziz raja iliyes
Ariff Aziz dan Raja Iliyes

puteri aishah
Puteri Aishah

raja afiq puteri aishah
Puteri Aishah dan Raja Afiq

Ulasan