Drama Cinta Hati Batu [2017]

Ashraf Muslim dan Aishah Azman

Drama Cinta Hati Batu di bawah arahan pengarah Amor Rizan akan meletakkan Ashraf Muslim dan Aishah Azman sebagai watak utama. Drama ini juga merupakan adaptasi novel yang bertajuk One Day You'll Be Mine karya tulisan Inawza Yusof. Tunggu update berkenaan drama ini nanti;

Profil Drama Cinta Hati Batu 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amor Rizan
Idea Asal : Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof
Skrip : Sofia J Rhyland
Studio : Media Prima Sdn Bhd
Pelakon : Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Farisha Irwayu, Fazren Rafi, Ardella Aryana, Nazmi Adhwa, Sasqia Dahuri dan Shahriza Mahmud.
Episod : 20 Episod
Siaran : Slot Lestary TV3
Tarikh Tayang : 2017

Ashraf Muslim sebagai Ehsan
Aishah Azman sebagai Anith
Fadlan Hazim sebagai Nik
Sasqia Dahuri sebagai Farisha

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu 2017

- sinopsis daripada novel One Day You'll Be Mine

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya? Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal? Sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.


Gambar Pelakon Drama Cinta Hati Batu TV3

ashraf muslim fazren rafi
Ashraf Muslim dan Fazren Rafi

ashraf muslim
Ashraf Muslim

barisan pelakon tv3 Drama Cinta Hati Batu [2017]
Barisan Pelakon drama Cinta Hati Batu.
 
fadlan hazim aishah azman
Aishah Azman dan Fadlan Hazim

Ulasan