Motherboard laptop ASUS S46C |
Repair Motherboard
Sudah beberapa hari tidak berupdate disebabkan kerosakan motherboard pada laptop aku ini. Kena hantar workshop sebab memang tak tahu la aku nak repair motherboard bagaimana. Aku try juga buka dan check sendiri apa yang rosak, tapi langsung takde idea. selalu buka untuk buang habuk sahaja. ehehe.
Aku pergi survey dua kedai sahaja dalam Kompleks Bukit Jambul, Penang sebab harga lebih kurang sama cuma satu kedai boleh siapkan dalam masa tiga hari [RM300] dan satu kedai lagi mengambil masa tiga minggu [RM350]. Tentulah aku hantar kedai yang boleh siapkan tiga hari, harga pun lebih murah. Nasib siap elok dalam tiga hari - tak payah tunggu lama-lama. Sekarang dah boleh guna semula laptop ASUS aku ini.
Janganlah kau buat hal lagi!
Tips Penjagaan Komputer
Dari suadara Muhammad Taufik Jabir
Jika kau ingin tahu, sebenarnya penjagaan komputer ini tidak la
susah mana. Ada beberapa perkara sahaja yang kau perlu beri perhatian
terhadap komputer agar performance nya sentiasa tip top.
1. Pembersihan Habuk.
Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer kau
dah macam sarang tikus habuknya, tidak pernah servis walaupun sudah
10-15 tahun, processor kau akan mengeluarkan haba yang lebih panas
daripada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan. Apabila itu berlaku, maka komponen seperti processor akan overheat.
Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pada prestasi
komputer. Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yang terkumpul.
2. Penggantian Thermal paste.
Thermal paste ini liquid yang diletak atas processor. Tujuannya adalah
untuk menyejukkan processor komputer kita. Setahu aku, sekarang ini
sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis
macam getah. Aku tak ingat apa namanya. Thermal paste ini eloknya
setahun sekali kau kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan
mengeras dan suhu processor akan meningkat. Kalau kau tak ada
bajet nak tukar, buatlah dua tahun sekali tukar thermal paste tu. Itu
sudah memadai untuk jaga suhu processor.
3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara)
Di dalam sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting untuk
mengekalkan suhu rumah di dalam keadaan dingin. Apabila sebuah rumah
tidak mempunyai air flow yang bagus, bila panas terik sahaja, sudah
pasti di dalam rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga
dengan komputer. Apabila suhu di dalam komputer itu panas, ianya
akan memberi kesan kepada semua komponen di dalam komputer. Terutama
sekali motherboard. Sebab itu, bila komputer panas, kau akan rasa
sedikit lag pada komputer kau. Untuk memastikan jangka hayat
sesebuah komputer itu panjang, kita kena pandai menguruskan air flow
komputer tersebut. Ada angin masuk, dan ada angin keluar. Sebab itu,
kipas casing komputer dihasilkan. Tujuannya untuk membuat air flow di
dalam komputer. Guna dua kipas pun sudah memadai. Kau beli yang
murah sahaja pun boleh. Janji kau buat macam aku cakap tadi, satu angin
masuk, satu lagi angin keluar.
4. Susun File.
Haa.. yang
ni aku nak tegur sikit. Kebanyakan customer yang aku jumpa, boleh kata
ramai yang letak file-file mereka ni di Desktop. Adakalanya sampai penuh
dekat desktop tu sehingga tak nampak ruang kosong langsung. Bukan tak boleh kau nak letak file dekat Desktop tu, boleh. Sikit-sikit
sudah la. Yang selebihnya, simpan di My Documents atau di partition lain
seperti D,E,F dan lain-lain. Apabila kau letak semua file di
Desktop, secara tak langsung, kau memberatkan komputer untuk load semua
file tu ketika proses "Booting Windows." Aku lebih sarankan
supaya file-file yang ada di transfer ke partition lain dengan tujuan
tidak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya
pendapat aku. Terpulang la kau nak ikut atau tak.
-----
Kalau kau tak rajin atau tak reti nak buat semua ni, kau hantar sahaja
komputer kau di kedai komputer. Beritahu technician kedai untuk servis
komputer. Nanti mereka tahu la nak buat apa. Biasanya, bila kau
hantar untuk servis komputer ni, perkara yang mereka buat adalah
membersihkan habuk di dalam komputer kau, menggantikan thermal paste
jika perlu dan juga buat sedikit "performance test" pada komputer. Caj
yang dikenakan itu bergantung pada kedai yang kau pergi. Rasanya setiap
kedai caj lain-lain harga. Jadilah pengguna bijak.
Mohamad Taufik bin Jabir,
Juruteknik Komputer Persendirian
Juruteknik Komputer Persendirian
Ulasan