Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017 [Slot Akasia TV3]

A post shared by Country&Universal Sdn Bhd (@jalenarejab) on
[Azrel Ismail, Idris Khan dan Jalena Rejab] 

Satu lagi novel bakal diadaptasi ke drama bersiri iaitu novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah. Ini merupakan novel pertama tulisan Umi Syidah. Memang terbaik! Drama 28 episod ini bakal mengisi slot Akasia namun tarikh tayangan masih belum dapat dipastikan.

Profil Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Country Universal Sdn Bhd [Drama Nahu Rindu]
Pengarah :
Penulis : 
Idea Asal : Novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah
Pelakon : Azrel Ismail [Drama Cucu Tauke Beras], Idris Khan [Mr Donat Karamel]
Episod :28 Episod
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayangan :  

Idris Khan sebagai Sharul Nizam
Azrel Ismail sebagai Saiful Mizan 

Sinopsis Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin

sumber : goodreads.

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya
“Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Gambar Pelakon Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017

Idris Khan dan Azrel Ismail

Ulasan