Drama Menantu Bilal 2017 [Slot Dahlia TV3]

[Pelakon dan Krew Drama Menantu Bilal] 

Sebuah drama terbaru bakal ditayangkan di TV3 Slot Dahlia berjudul menantu Bilal. Mengisahkan menantu Bilal dan Mak Esah yang cuba menambat hati mereka. Drama ini dibintangi oleh Chacha Maembong, Ruhainies dan Nazeera Sardi sebagai menantu manakala Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Syazwan Zulkifli sebagai watak anak lelaki kepada Bilal dan Mak Esah.

Profil Drama Menantu Bilal 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis :
Pelakon : Chacha Maembong[Drama Cinta FB], Ruhainies [Drama Jejak Karmila], Nazeera Sardi [Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire], Talha Harith, Syazwan Zulkifly [Drama Isteri-Isteri Ayah], Amar Ashraf, Elly Suriaty, Man Raja Lawak dan Idris Md Diah.
Episod : 11 Episod
Siaran : Slot Dahlia TV3
Tarikh Tayang : Jun 2017

Sinopsis Drama Menantu Bilal TV3

sumber : EDtv

Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.
Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashdan tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.
Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri. Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.
Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan.
Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

Amar Ashraf sebagai Rahim
Nazeera Sardi sebagai Marlisa
Syazwan Zulkifly sebagai Rahman
Ruhainies sebagai Normala
Talha Harith sebagai Rashdan
Chacha Maembong sebagai Norain
Idris Md Diah sebagai Bilal Brahim
Elly Suriaty sebagai Mak Esah  

Gambar Pelakon Drama Menantu Bilal 2017

chacha maembong ruhainies nazeera sardi
Chacha Maembong, Ruhainies dan Nazeera Sardi
 
talha harith chacha maembong
Talha Harith dan Chacha Maembong
nazeera sardi amar ashraf
Nazeera Sardi dan Amar Ashraf
ruhainies syazwan zulkifly
Ruhainies dan Zyazwan Zulkifli

Ulasan