Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hari [Astro Ria]

alif satar nabila razali
Nabila Razali dan Alif Satar

Penyanyi dan Pengacara Alif Satar semakin melangkah jauh dalam dunia lakonan. Kali ini bergandingan bersama pelakon Nabila Razali dalam drama terbaru di Astro bertajuk Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Drama ini bakal ditayangkan setelah tamat drama Cik Serba Tahu.

Profil Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik
Studio : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Shalini Balasundram
Idea Asal : Novel karya E-Man Sufi
Skrip : Sofia J Ryland
Pelakon : Alif Satar [Red Velvet], Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiz M Nazri, Rykarl Iskandar dan Fezrul Khan.
Tarikh Tayangan : 24 April 2017 [Ganti drama Cik Seba Tahu]

Sinopsis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

sumber : goodreads

WAFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki.

RAYYAN RAIQARL, lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

hafreez adam nabila razali
Hafreez Adam dan Nabila Razali
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun. Dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
 
 
Teaser Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati 

A post shared by Suhan Movies & Trading (@suhanmovies) on

Ulasan