Drama Hero Seorang Cinderella [Astro Ria]

fazura fattah amin
Fazura dan Fattah Amin

Drama Hero Seorang Cinderella adalah drama terbaru arahan Michael Ang [Red Velvet, Kimchi Untuk Awak] bakal menggandingkan dua pelakon popular iaitu Fazura [J Revolusi] dan Fattah Amin [Suri Hati Mr Pilot, Dia Anak Jeneral]. Dah agak lama Fazura tidak muncul dalam drama bersiri seperti ini.

Drama Hero Seorang Cinderalla ini juga merupakan adaptasi novel karya Anjell dengan tajuk yang sama. Sebelum ini novel Anjell iaitu Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet juga telah dijadikan drama bersiri dan mendapat reaksi positif dari penonton. Kita tunggu dan lihat bagaimana rating untuk drama Hero Seorang Cinderella nanti.

Profil Drama Hero Seorang Cinderella 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zieka Khamis, Fikry Ibrahim, Luqman hafidz, Aedy Ashraf, Mawar Rashid, Nina Juren, Zizie Ezette dan Lisdawati.
Saluran : Astro Ria dan Ria HD
Tarikh Tayangan : Bermula 29 Mei 2017 - 6 Julai 2017 [Jangka]
Episod : 24 Episod

Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderalla 2017

- versi Novel [goodreads.com]

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Pelakon Drama Hero Seorang Cinderella 2017

nur fazura
Fazura sebagai Nura Medina
zieka khamis fazura
Zieka Khamis sebagai Zuyyin bersama Nur Fazura
 
uqasha senrose zizie ezette
Uqasha Senrose sebagai Puteri dan Zizie Ezette sebagai Datin Sri Mawar

Ulasan