Review : Hacksaw Ridge dan Sultan [Movie]

Review  kali ini memperkenalkan sebuah filem perang Hollywood iaitu Hacksaw Ridge dan satu lagi filem sukan gusti [wrestler] di India bertajuk Sultan. Kedua filem ini menunjukkan semangat kemanusiaan dan kewarnegeraan yang tinggi terhadap negara masing-masing.

hacksaw ridge poster
Hacksaw Ridge movie poster 2017

Hacksaw Ridge. Kisah Benar Perang Dunia Ke-2. 4/5

Its a great movie tentang biografi atau perjalanan hidup Desmond Doss. Impak movie ini sangat besar dan bermakna kepada rakyat Amerika khususnya kerana salah seorang hero mereka mempunyai moral yang sangat tinggi. Dia berperang tanpa senjata, menentang musuh dengan kepakaran dalam dunia perubatan semata-mata, namun semangat sama tinggi dengan mereka yang mengangkat senjata untuk menewaskan musuh. 

With the world so set on tearing itself apart, it don’t seem like such a bad thing to me to want to put a little bit of it back together. by Desmond Doss in Hacksaw Ridge movie.

Quote favorite aku dalam movie ini. Desmond Doss mengatakan ini sewaktu dia dibicarakan kerana enggan mematuhi pihak atasan untuk ujian rifle. Desmond enggan untuk memegang senjata kerana peristiwa silam dalam keluarganya.

Rasanya mungkin tak seratus peratus mengikut sejarah hidup Desmond Doss kerana ianya sebuah filem, tetapi semangat dan jiwa yang ditunjukkan oleh para pelakon terutama watak Desmond Doss yang dilakonkan Andrew Garfiled sememangnya menyentuh sanubari sesiapa sahaja yang menonton. Memang terbaik!

sultan ali khan aarfa
Sultan movie 2016

Sultan. Salman Khan Best Work. 5/5

Aku paling suka storyline dalam cerita ini. Selalunya filem hollywood selama tiga jam akan ada storyline yang tidak diperlukan untuk drag the movie. Namun, dalam tiga jam filem Sultan dipertontonkan memang tidak ada satu scene yang kurang, semua memang mantap dan ada hala. Tahniah kepada pengarah dan juga penulis filem ini iaitu Ali Abbas Zafar. Terbaik!

Watak utama filem ini iaitu Salman Khan juga berjaya membawa watak Sultan Ali Khan dengan baik. Filem terakhir Salman Khan yang aku rasa OK adalah filem Chal Mera Bhai dan filem tu masa aku di zaman sekolah lagi. Lepas itu memang tak tengok filem Salman Khan sampailah filem Sultan ini. Aku tengok sebab jalan cerita dan tema utama adalah sukan. Mesti lah tengok, genre favorite kot. ehehe. Namun, watak Sultan yang dibawa oleh Salman Khan memang first class, dia berjaya membuat penonton ketawa dengan karenah nakalnya, senyum dengan cintanya yang tak masuk akal terhadap Aarfa, menangis dengan tragedi yang dilaluinya dan bangga dengan semangatnya.

Without a doubt! One of the best sport film ever. Untuk pengetahuan, tahun 2017 sekali lagi membawa gandingan Salman Khan dan Ali Abbas Zafar melalui filem Tiger Zinda Hai. Tak sabar pulak nak tengok.

Ulasan