Drama Sape Dari Itali [RTM TV2]

nadia brian safie naswip beego
Poster dalam Drama Sape Dari Itali 2017

Siapa yang dah lama tak tengok Syafie Naswip berlakon? Boleh la layan drama. Siap cakap kelantan lagi tu. Drama Sape Dari Itali di bawah arahan Hazali Haji Ramli ini bakal ditayangkan bermula 23 Mac 2017 [esok] di TV2 RTM setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9.00 Malam.

Profil Drama Sape Dari Itali 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Bright Network Sdn Bhd
Pengarah : Hazali Haji Ramli
Skrip : Adza Emie
Penerbit Eksekutif : Shaiful Adzhar Hashim
Pengurus Projek : Ekien Zainal
Pelakon : Syafie Naswip, Nadia Brian, Geoff Andre Feyaerts, Beego, Darlin, Syakilla Qoriri, Julia Ziegler, Mahmud Ali Baba, Zarynn Min, Sherry Merlis, Bil Azali, Ema Akma, Mat Over, Liza Zain, Idris MD Diah, Siti Chubby, Puteri Adrianna dan Ain Zahalan
Tarikh Tayangan : 23 Mac 2017
Slot : RTM TV2
Episod : 26 Episod

Trailer Drama Sape Dari Itali TV2 RTM 


Lagu Tema Drama Sape Dari Itali 2017

- Nyanyian Sara Musykirah
- Tajuk Lagu : Sape Dari Itali
- Lirik : Leslie Anak Eli


Opening Montage Drama Sape Dari Itali 2017 


Sinopsis Drama Sape Dari Itali TV2 RTM

Mengisahkan perjalanan watak gadis dari Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yang telah berkahwin dengan lelaki dari Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tidak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro menyusulnya dengan alasan mahu memujuk Lisandra kembali kepadanya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dengan gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tidak suka kepada bapa tirinya yang seringkali mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah untuk membuang bahan toksik kilang ke dalam sungai. Zamani bersahabat dengan Haris. Haris adalah seorang lelaki yang pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yang diberikan ibunya kepada dia.

Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dalam menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dengan Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yang ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yang mirip wajah isterinya dulu.

Gambar Pelakon Drama Sape Dari Itali TV2 

syafie naswip nadia brian beego
Syafie Naswip, Nadia Brian dan Beego
syafie naswip nadia brian
Syafie Naswip dan Nadia Brian

Ulasan

mase memule baca, ingtkn 'sape' tu = siapa in bahasa pasar (sape). he3..
Azuan berkata…
@ArELeEz

sama la. mula2 pikir camtu gak. RUpanya instrumen.