Drama Jangan Ikut Aku [Slot Seramedi TV3]

[Gambar Pelakon Drama Jangan Ikut Aku] 

Selepas drama Misteri Wan Peah disiarkan di slot terbaru TV3, satu lagi drama komedi seram bakal ditayangkan bertajuk Jangan Ikut Aku. Drama arahan Azmi Hatta [Drama Awak Sangat Nakal dan Drama Misi Laksa & Laksam] ini bakal menggandingkan pelakon seperti Emma Maembong [Drama Sayang Papa Saya Tak?], Reen Rahim [Drama Tauke Jamu], Dazrin Kamaruddin dan Kazar.

Profil Drama Jangan Ikut Aku TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi Seram
Studio : Orangetree Production
Pengarah : Azmi Hatta
Pelakon : Emma Maembong, Dazrin Kamaruddin, Reen Rahim, Anas Ridzuan, Mohd Benladin, Ramona Zamzam, A. Galak, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Syanie Hasyim, Aishah Azman dan Azzhara Ahmad.
Slot : Seramedi TV3
Tarikh Tayang : 10 Julai 2017

Gambar Pelakon Drama Jangan Ikut Aku TV3

Dazrin Kamaruddin dan Ben Ladin

Emma Maembong dan Kazar Saisi

Emma Maembong dan Reen Rahim

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku 2017

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena setalah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut.

Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahwa Tok Misai telah meninggalkan dunia kerana dibunuh.

Poster Drama Jangan Ikut Aku TV3

ben laden, syanie, anas ridzuan, dazrin kamaruddin, aishah azman
Poster Drama Jangan Ikut Aku 2017
 

Ulasan