Bayaran Balik PTPTN Guna Akaun II KWSP [2017]

syarat syarat
Syarat pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN

Rasanya semua tahu apa itu PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional? Kalau kamu mampu, sebolehnya cuba elakkan untuk meminjam PTPTN disebabkan tanggungan hutang yang banyak selepas tamat pembelajaran nanti. Kebanyakkan tiada pilihan lain selain PTPTN kerana yuran pengajian dikenakan adalah sangat tinggi. haish!

Aku juga salah seorang peminjam PTPTN, namun aku bernasib baik kerana mendapat biaya biasiswa sewaktu di semester kedua pengajian. Syukur. Jadi wang pinjaman PTPTN aku bukanlah banyak berbanding rakan lain. Namun nak bayar tu sangat liat. ahaha. Tahun ini [baca:2017], baru aku settlekan. Itu pun pakai akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP].

Sangat mudah sebenarnya cara untuk gunakan akuan II KWSP ini, hanya sekali sahaja perlu ke pejabat KWSP sewaktu urusan check dokumen dengan pegawai di sana, yang lain semua diuruskan melalui online dan panggilan telefon. Dalam masa 2 minggu hingga 4 minggu, inshallah boleh selesaikan semua hutang kamu.

Langkah Bayaran Balik PTPTN Guna Akuan II KWSP

1] Contact PTPTN untuk check baki hutang di twitter atau hotline mereka. Aku pakai twitter sebab free of charge. @twitptptn. Sila tinggalkan nama, no. kad pengenalan dan no. phone untuk memudahkan kerja mereka. Sila nyatakan yang anda mahu membuat bayaran melalui KWSP.

Nota : Respon kakitangan PTPTN di sini sangat berkualiti. Kalau ada sebarang soalan berkaintan PTPTN, mungkin boleh tanya di sini. 

2] Isi form e-pengeluaran di laman web KWSP. Kalau belum ada i-akaun KWSP sila la pergi buat di mana-mana booth KWSP. Tak payah ke kaunter. Sekejap sahaja. Aku sudah ada akaun ini, jadi aku teruskan untuk mengisi borang e-pengeluaran di laman web KWSP. Jangan isi sendiri e-pengeluaran ini kecuali korang ada semua info macam nombor pinjaman dan tarikh mula / tarikh akhir pengajian. Baik contact terus PTPTN.   

Macam aku, person in charge dari PTPTN ada contact aku untuk urusan e-pengeluaran dari KWSP. Dari awal hingga akhir diorang akan bagitahu cara untuk isi borang ini termasuk amaun yang hendak dipotong. Kalau bayaran penuh, boleh dapat diskaun 15% seperti yang diwar-warkan oleh pihak PTPTN sebelum ini.

3] Urusan pengesahan dokumen pengajian dan cop jari. Selepas proses kedua, kamu akan menerima sms dari pihak KWSP mengenai tarikh pengesahan dokumen, biasanya tempoh masa dua minggu diberikan selepas permohanan e-pengeluaran dilakukan. Yang ini semestinya kamu perlu ke pejabat KWSP yang terdekat.

Nota : Dokumen pengesahan yang diperlukan adalah sijil graduasi dan transkrip rasmi. Original dan softcopy setiap satu dokumen.

4] Settle dan tunggu sahaja pengesahan dari KWSP mengenai pengeluaran wang anda dan pengesahan dari PTPTN mengenai potongan hutang telah selesai. Senang sistem baharu ni, masa pun tak lama diambil untuk settlekan semua urusan.

Habis satu hutang. Lega.

Ulasan

Kurang dah satu benda nak bayar. Boleh nyimpan banyak sikit dah. 😀😀😀
Unknown berkata…
kalau sijil graduasi takde takpe ke? saya baru je habis so ipt baru beri transkrip shj.
Azuan berkata…
@fatin

rasa kena ada juga sijil graduasi tu. boleh tanya lanjut di pejabat KWSP sendiri atau try tanya di twitter ptptn tu.