Review : Dr Strange / Passangers / Hai to Gensou no Grimgar

Salam. Dah lama tak buat review ini. malas sebenarnya. ahahah. Jom tengok apa yang best untuk korang tonton kalau takde idea nak tonton apa yea.

tilda swinton poster
Tilda Swinton dalam Dr Strange Movie sebagai The Ancient One.


Dr Strange. Average Movie [3/5]

Movie Marvel yang dikeluarkan pada bulan November 2016 bukanlah filem superhero terbaik dan bukan juga terburuk. Ada kat tengah-tengah, zone average. Aku suka jalan cerita tetapi aksi filem ini agak lemah berbanding filem marvel yang lain, macam filem inception dah aku tengok dimensi dalam cermin tu. Terbaik! 

Watak utama iaitu Dr Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch memang menjadi, dia ini kalau bawak watak genius sombong-sombong sikit memang tak dapat dinafikan - tengok sahaja lakonan dia membawa watak Sherlock Holmes dalam siri Sherlock. Watak sampingan juga beri impak yang meninggalkan kesan macam watak The Ancient One lakonan Tilda Swinton dan watak Wong lakonan Benedict Wong.

Tak puas hati dengan watak misteri Dormammu dan aku harapkan datang kembali untuk menggangu gugat keamanan dunia tetapi kali ini lebih bersabar. hahaha. Weak gila ending filem ini, Dormammu yang disebut-sebut gah tewas camtu je. Tetapi ianya juga memberi gambaran betapa kuatnya infinity stone yang dipakai oleh Dr Strange masa lawan Dormammu tu. 

chris pratt jennifer lawrence
Chris Pratt sebagai Jim dan Jennifer Lawrence sebagai Aurora.

Passangers. Menghiburkan, Not until the end though. [4/5]

Movie Chris Pratt dan Jennifer Lawrence ini mempunyai jalan cerita survival yang lain daripada yang lain. Unik dan tersendiri. Namun sama seperti Dr Strange juga, ending filem ini agak meh! Kita tahu ianya happy ending.

Pace filem ini terbaik, memang tak bosan untuk ditonton. Jalan cerita juga tak boring, mungkin di penghujung ada sedikit kekurangan tetapi dari mula sehinggalah kemunculan watak Gus lakonan Laurence Fishburne, ianya adalah sangat menghiburkan.   

anime hai to gensou no grimgar
Hai to Gensou no Grimgar anime 2016


Hai to Gensou no Grimgar Anime [5/5]

Yep. This is one of the fall anime tahun lepas dan ianya sangat best untuk ditonton. Walaupun dia punya tema adalah sangat tak original iaitu sekumpulan watak terperangkap dalam dunia RPG game. Sound familiar. Sword Art Online, Log Horizon dan pelbagai lagi anime yang menggunakan tema lebih kurang sama dan semuanya aku tonton separuh jalan. ahaha. Namun, aku berjaya habiskan 12 episod Hai to Gensou no Grimgar dan aku harapkan ada musim kedua, ketiga dan seterusnya. ehehe.

Permulaan cerita agak perlahan sebab baru nak perkenalkan dunia Grimgar ini dan watak-watak baru sahaja mula berkembang. Animasi filem ini sangat cantik dan lain dari yang lain. Menggunakan warna yang lembut dan sejuk mata memandang, memang tak akan puas kalau tengok banyak kali. Anime ini fokus lebih kepada perkembangan setiap watak. Watak utama dan watak sampingan kedua-dua mendapat fokus yang cukup dan interaksi antara watak juga cukup baik sebagai satu ahli pasukan. Best pun ada bila tengok diorang upgrade skills dan senjata masing-masing. Terbaik!

Ulasan