Drama Gaduh-Gaduh Sayang [TV2]

A photo posted by FazlinaAhmadDaud (@fazlinaahmaddaud) on
[Para pelakon drama Gaduh-Gaduh Sayang] 

Drama Gaduh-Gaduh Sayang adalah sebuah drama 26 episod arahan Feroz Kadir yang diadaptasi dari sebuah novel tajuk yang sama karya Immaz Huda. Kalau tengok gambar atas, dua pelakon utama [posisi tengah] adalah Shukri Yahaya dan Nur Risteena. Nampak macam mereka ini menyamar jadi orang lain dalam drama ini.

Profil Drama Gaduh-Gaduh Sayang TV2

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Idea Asal : Novel Gaduh-Gaduh Sayang karya Immaz Huda
Pengarah : Feroz Kadir
Studio : Medyavizyon Sdn Bhd
Pelakon : Shukri Yahaya, Nur Risteena, Shima Anuar, Fazlina Ahmad Daud, Kenji Sawahi, Rizal Hassim, Zaryn Zaryn, Riz Amin dan A. Manan Sulaiman.
Siaran : TV2
Episod : 26 Episod

Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang TV2

Mengisahkan Lady Lee Syazana, seorang gadis gemuk yang bertungkus lumus menguruskan badannya demi cintanya pada Aiman. Namun si Aiman mula berubah apabila dirinya kurus dan diputuskan hubungan mereka.

Dalam masa yang sama, ibu-bapanya mahu menjodohkan dirinya dengan Rafiqi Rayyan, anak kenalan papanya demi menyelamatkan syarikat Datuk Sabri yang hampir muflis. Rafiqi dan Syazana menyamar untuk mengelak dari dijodohkan. 

Namun takdir masih menemukan mereka berdua. Selepas kahwin, Rafiqi tinggal di sebelah rumah Syazana. Ketika bosan, Syazana selalu ke rumah Rafiqi dan mereka mula rapat. Tapi sejauh mana hubungan mereka akan bertahan? Apatah lagi dengan kemunculan semula Aiman dan Qistina?

Gambar Pelakon Drama Gaduh-Gaduh Sayang TV2 

shuri yahaya riz amin
Riz Amin dan Shukri Yahaya

feroz kadir riz amin
Riz Amin dan Direktor Feroz Kadir
rizal hassim zaryn zaryn
Rizal Hassim dan Zaryn Zaryn

Ulasan